Isnin, 5 Oktober 2015

Jerebu | 5 Dan 6 Oktober Sekolah Seluruh Semenanjung Tutup Kecuali Kelantan

Melarat semakin teruk jerebu pada tahun ini. Seingat Belalang tahun-tahun sebelum ni tak sampai tahap begini. Belalang yang tinggal di Kulim ni pun rasa macam lemas dalam asap.

Mujur Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid prihatin akan hal ini dan mengarahkan semua sekolah di seluruh Malaysia diarah tutup selama dua hari iaitu pada 5 (hari ini) dan 6 Oktober 2015.

Jerebu sekolah cuti 5 dan 6 oktober
Carian Google

Bagaimanapun, arahan itu dikecualikan kepada sekolah-sekolah di negeri wilayah persekutuan Labuan, Kelantan, Sarawak dan Sabah.

Sebenarnya jika diikutkan Belalang Jr. ada sesi bergambar di sekolahnya. Belalang Jr. berumur 6 tahun  sedang belajar di pra sekolah.

Nampaknya sesi bergambar akan ditunda. Lega juga Belalang sebab bolehlah Belalang Jr. tinggal di dalam rumah dan tak terdedah pada udara dipersekitaran terbuka.

Semoga masalah jerebu ini akan segera berakhir.

Ahad, 4 Oktober 2015

[[PENTING]] Nak Melabur? Baca Ini Dulu

Kawan datang ajak anda melabur dalam sesuatu bisnes contoh pelaburan emas? Kawan datang nak ajak anda sertai syarikat jualan langsung (MLM)? Pernah dengar 'money games'? Betul ke syarikat MLM semuanya menipu?

Dalam Zaman-zaman ekonomi menjunam (nilai ringgit semakin kecil) ramai yang mengeluh duit tak cukup dan mulalah terfikir nak menambah pendapatan.

[[PENTING]] Nak Melabur? Baca Ini Dulu
Gambar Carian Google

Rahsia Bermain Saham! Klik Sini!

mencari pendapatan selain daripada gaji sediada sememangnya sesuatu yang baik. sekurang-kurangnya anda tidak bergantung kepada syarikat anda semata-mata dan seandainya di kemudian hari syarikat anda ingin tutup anda telah pun mempunyai langkah-langkah persediaan.

Disini Belalang ingin membantu anda membuat pertimbangan dalam memikirkan untuk membuat pelaburan atau menyertai mana-mana syarikat MLM.

Belalang kongsikan status Dr.Azizan Osman (DOA) yang dimuat naik pada Facebook agar ia membantu anda dalam membuat pertimbangan. Semoga anda tidak terjerat dengan skim dan syarikat yang menipu.

Awas Skim Cepat Kayap! 

Ini ingatan buat anda yang suka diingatkan dan ambil perhatian sebelum buat keputusan untuk melabur duit takut-takut melebur:-

1/ Jangan "melabur" wang atau cuba fikir banyak kali bila ada orang approach anda untuk buat sebarang pelaburan samada emas, hartanah, perniagaan, tanam pokok kayu atau apa sahaja jenis yang mereka panggil "pelaburan" atau "perkongsian keuntungan".

2/ Jika anda melabur beli emas anda sepatutnya dapat emas fizikal ditangan, emas tulen ikut nilai yang ada laburkan atau beli. Kecuali anda menyimpan di akaun simpanan emas di Bank seperti ArRajhi, Maybak atau Public Bank.

3/ Jika anda mahu melabur kepada syarikat orang lain, JANGAN serah duit bodoh-bodoh tanpa ada khidmat nasihat peguam luar anda sendiri serta kena faham apakah tahap pemilikan dan control anda terhadap wang tersebut serta syarikat tersebut. 


4/ Ada satu lagi skim dan scam untuk buat anda melabur adalah dengan buat atas nama kononnya MLM/ Network Marketing Company sedangkan sebenarnya mereka tidak ada lesen AJL (Akta Jualan Langsung) dan skim mereka adalah Money Game. Dan kadang-kadang mereka ada lesen juga tetapi mereka create Money Game dengan pelbagai rupa. Bukan semua syarikat MLM/Network Marketing company tidak bagus, banyak yang baik samada dari Malaysia atau negara luar. Ia cara mudah untuk berjinak-jinak dengan perniagaan. Cuma disebabkan 2-3 syarikat yang buat skim cepat kaya, maka ia merosakkan yang lain. Saya tidak buat MLM, saya cakap fakta kerana saya mengkaji tentang business.

5/ Apa contoh Money Game? Anda masuk duit kononnya beli sesuatu tetapi pada harga yang tidak munasabah kemudian anda kena samada tunggu 2 kaki dibawah cukup dan mereka akan beritahu tak perlu cari orang, duduk mengangkang then tunggu dapat duit atau kononnya nak cepat, anda boleh ajak kawan-kawan join. Atau anda kononya beli kopi 100 gram berharga RM1,000 (Kopi apa harga RM1,000 untuk 100 gram, mungkin bukan kopi musang tapi kopi ziraffah). Kemudian kena dapatkan 2 kaki orang lain beli kopi macam anda then anda akan dibayar komisen pairing. Ada lagi power, leader beritahu anda tak yah buat apa-apa, berdoa sahaja then anda akan dapat duit atau cium duit tiap-tiap hari then duit datang.


6/ Illegal money deposit- Cuba faham perkara ni. Tidak ada sesiapa di Malaysia boleh collect duit atau ambil duit orang lain dengan sah untuk pelaburan melainkan anda adalah Bank, Syarikat Unit Trust, Koperasi, Tabung Haji, EPF dan syarikat Public Listed tersenarai di Bursa Malaysia melalui pembelian saham di syarikat stock broking firm. Anda boleh menjadi shareholder (pemegang saham) kepada syarikat sdn bhd atau berhad tetapi anda kena faham apakah syarikat yang anda laburkan duit anda? 

7/ Pointnya macam ini, fahami apa risiko anda. Sekiranya anda melabur, apakah tahap risiko hilang duit itu? 

8/ Jangan melabur kepada individu. Jangan percaya dengan mudah sesiapa pun bila ia melibatkan hal duit. Hati-hati bila mereka janji anda boleh dapat pulangan yang dijanjikan seperti 10-12% sebulan. Jika ia bagus, Bank Negara pun akan simpan duit dengan mereka der! Hubungi talian Bank Negara atau layari laman web mereka untuk pengesahan. 

9/ Pelaburan Hartanah, Emas, Saham, Amanah Saham, Perniagaan dan instrumen yang lain adalah bagus TETAPI anda mestilah ada ILMU dan STRATEGI yang terbukti berjaya

10/ Pelaburan ilmu juga bagus dan penting tetapi jangan melabur hanya untuk dapatkan ilmu tetapi melabur untuk belajar pelajaran dari kesilapan orang lain, formula kejayaan dan pengalaman orang lain yang telah terbukti berjaya berulang kali bukan hanya kepada dirinya tetapi setiap mereka yang MEMPRAKTIKKAN formula mereka. Ia meningkatkan peluang anda berjaya In sha Allah. 

Setiap pelaburan ada risiko tetapi risiko paling besar adalah bila anda tidak tahu apa yang anda laburkan atau mana pergi duit tersebut.

Di dalam membina kewangan, ilmu penting sebelum belajar buat duit samada melalui business atau investment adalah :-

1/ Belajar JAGA DUIT atau PROTECT DUIT anda. Ilmu lindungi duit sebab ibarat tanaman padi, bila ianya dah masak dan bakal ada hasil, banyak seranggan dan binatang yang nak datang ambil hasilnya

2/ Belajar uruskan duit. 90% orang yang saya kenal dan hadir seminar-seminar saya samada mengenai bagaimana membina perniagaan atau bagaimana memperbaiki kewangan, majoriti mereka tidak tahu ataupun gagal dalam bab menguruskan wang mereka. Jika anda tidak tahu uruskan wang anda walaupun sedikit, macamana anda akan uruskannya bila ianya banyak nanti?! 

3/ Lepas mempunyai disiplin untuk 2 perkara di atas, barulah anda belajar buat duit melalui perniagaan yang sebenar dan melalui pelaburan yang sah serta legal. 

Ingatan ini penting terutamanya buat anda yang bekerja kerana anda tidak mampu buat silap yang banyak kehilangan duit bukan? 

Ingatan ini juga buat mereka yang bakal VSS. Jangan lompat terjun masuk bisnes yang perlukan modal yang besar atau melabur kerana ditakuti lebur semua duit anda. Anda akan melopong nanti hilang semuanya. 

Asyik Rugi Main Saham? Klik sini!

Ingatan ini juga buat anda yang berniaga. Berniaga sepatutnya cara pantas untuk mencapai tahap kewangan yang bagus dan menjadi jutawan tetapi ramai orang berniaga cukup-cukup makan sebab ego tidak mahu belajar dari orang lain yang telah terbukti berjaya. Tetapi lebih rela buat silap yang menghabiskan banyak wang. 

Jangan salahkan sesiapa bila anda telah buat keputusan setuju untuk serahkan duit anda kepada orang lain. Ingat, duit tidak salah. Yang salah kita bila kita tidak ada ilmu sebagai penyuluh keputusan kita. Jangan percaya sesiapa dengan mudah walau dia kata dia kawan baik dengan MALAIKAT sekalipun.
Saya amat konvensional dalam hal ini. Saya sendiri pernah buat silap dalam mempercayai orang paling dekat dengan saya satu masa dahulu dan nilai jadi "kawan baik" tersebut telah meleburkan lebih setengah juta ringgit dan kesilapan keputusan dalam pelaburan tanpa ilmu ketika itu telah meleburkan lebih tiga juta ringgit. 

Sebab itu hari ini saya percaya, ilmu dari mentor yang terbukti berjaya itu penting. Sebelum saya mahu mengajar orang lain jadi jutawan, saya telah mencapainya melalui syarikat pengiklanan dan pemasaran saya sejak tahun 2006 lagi Alhamdulillah dan syukur ramai anak didik saya yang perbaiki kewangan mereka dengan cara yang betul iaitu berniaga dengan betul serta melabur ditempat yang betul. 

Yuran kebodohan yang tinggi akan kita bayar bila kita tidak ada ilmu. 

Anda mungkin tidak suka saya tetapi ingatlah ingatan ini. Anda akan hargainya bila duit anda dah "hilang" nanti.


Sharing is caring.

Sama-sama.

P/S Anda juga boleh baca blog ustaz Dr zaharuddin untuk informasi skim yang halal ikur syariah atau tidak sebagai panduan.

Ahad, 27 September 2015

Cahaya Mata Baru Di Tahun 2015

Alhamdulillah, keluarga Belalang telah bertambah seorang lagi ahli keluarga dengan kehadiran cahaya mata baru. Pada 18 September 2015 di Hospital Kulim, Mrs.Belalang telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.42kg pada pukul 10 malam.

Sebelum ini Belalang telah dikurniakan dengan dua orang anak perempuan. Kehadiran bayi lelaki ini sememangnya dinanti-nantikan oleh kami sekeluarga.

Cahaya Mata Baru Di Tahun 2015 | Blog Encik Bell

Ketika entri ini ditulis, usia baby baru 9 hari.

Semoga dengan kahadiran baby ini, ikatan kasih antara Belalang sekeluarga akan bertambah kuat dan menjadi pendorong untuk Belalang dan Mrs.Belalang berusaha lebih kuat.

Terima kasih membaca

Khamis, 2 April 2015

Info | Perkara Berkaitan GST Yang Kita Perlu Tahu

Kelmarin 1 April bermulanya kutipan cukai barangan dan perkhidmatan atau GST di Malaysia. Dari ke pagi sampai ke malam macam-macam perkara yang berkaitan GST dikongsikan oleh rakan-rakan media sosial.

Belalang juga tidak terkecuali membaca beberapa perkongsian mengenai GST memandangkan Belalang sendiri memang masih tidak begitu jelas bagaimana perlaksanaan kutipan ini.

Di bawah adalah tiga print screen yang sempat Belalang ambil dari laman sosial Twitter yang Belalang rasa memberi sedikit info tentang hal GST.

Info | Perkara Berkaitan GST Yang Kita Perlu Tahu
Resit tidak paparkan nombor pendaftaran GST dianggap salah

Info | Perkara Berkaitan GST Yang Kita Perlu Tahu
Pembelian rokok ada GST

Info | Perkara Berkaitan GST Yang Kita Perlu Tahu
Kad prabayar atau top up telefon tiada GST
Sekiranya anda mempunyai akaun Twitter, sila follow gstmalaysiainfo dan mykpdnkk kerana dua akaun ini mempunyai begitu banyak info berkaitan GST.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Terima kasih kerana membaca

Selasa, 31 Mac 2015

Taman Burung Kulim Dibuka Kembali!

Sekitar tahun 90-an dahulu di Kulim ada sebuah Taman Burung. Belalang masih ingat ketika itu Belalang masih bersekolah rendah. Waktu tu seronok sangat bila abah bawa jalan-jalan situ. Masa terus Berlalu dan Taman Burung Kulim hilang ditelan zaman.

taman burung kulim dibuka kembali

taman burung kulim dibuka kembali
Pintu masuk ke Taman Burung Kulim

Kini setelah sekian lama tempat ini dibiarkan kosong, Majlis Perbandaran Kulim (MPK) memutuskan untuk membuka kembali Taman Burung Kulim.

Baru-baru ini Belalang mengambil peluang untuk melawat kembali tempat nostalgia waktu Belalang kecil-kecil ini. Kalau dahulu abah Belalang datang sini bawa Belalang dengan abang dan kakak, kini Belalang pula datang dengan membawa anak-anak Belalang.

taman burung kulim dibuka kembali

taman burung kulim dibuka kembali

Sekarang ni baru Belalang sedar tak adalah besar mana pun taman burung ni. Tetapi waktu Belalang kecil-kecil dulu terasa macam besar sangat taman ni. Perasaan itu mungkin dirasai pula oleh Belalang Jr. dua orang ni.

Masih belum siap sepenuhnya Taman Burung Kulim ini kerana Belalang perasan ada satu sangkar paling besar masih lagi dalam kerja-kerja baik pulih. Tetapi keseluruhan dalaman taman ini telah dijaga dengan elok

taman burung kulim dibuka kembali
Kerja-kerja pembinaan masih berjalan

Haiwan yang terdapat di sini tidaklah banyak seperti itik, arnab, kura-kura gergasi, musang, monyet dan beberapa jenis burung. Cukuplah sekadar nak mengembirakan hati kanak-kanak.

taman burung kulim dibuka kembali

taman burung kulim dibuka kembali

Taman ini dibuka pada pukul 10 pagi hingga 6 petang dari hari Selasa hingga Ahad. Manakala pada hari isnin Taman Burung Kulim tidak beroperasi pada orang ramai.

Bagi Belalang tempat ini masih boleh dijadikan salah satu tempat riadah untuk anak-anak memandangkan Belalang Jr. masih lagi mengajak Belalang untuk ke sana.

Tetapi jika boleh tambah lagi beberapa haiwan pasti lebih best untuk dilawati lagi!

Terima kasih kerana membaca...

Isnin, 16 Mac 2015

5 Rahsia Kejayaan Clash Of Clans

Permainan Clash Of Clans (CoC) adalah satu game wajib ada dalam telefon para pencinta game. Malah Belalang sendiri antara yang meminati CoC.

Game CoC seolah-olah satu virus yang menjadikan sesiapa yang bermain game ini akan terus melekat untuk terus bermain game ini lagi dan lagi.

Apakah yang menyebab CoC begitu menjadi kegilaan?

Berikut adalah lima rahsia kejayaan Clash Of Clans yang Belalang rujuk dari sumber beberapa artikel blog juga daripada pandangan Belalang sendiri sebagai peminat permainan ini.


5 rahsia kejayaan clash of clans

1. Kajian mendalam

CoC telah dibangunkan oleh syarikat Supercell yang juga pembangun bagi dua lagi permainan yang juga menarik iaitu Boom Beach dan Hay Day. Ketiga-tiga game ini telah berada 20 kelompk teratas permainan paling laris. Nampaknya tentu ada rahsia yang telah ditemui oleh Supercell dalam menjadikan setiap permainan yang mereka bangunkan menjadi hits.

Kejayaan syarikat ini melalui game CoC tak lain dan bukan adalah kajian yang mendalam sebelum menghasilkan sesuatu permainan. Mereka telah menjadikan kejayaan game strategi terdahulu seperti Starcraf dan Age Of Empire sebagai inspirasi untuk membangunkan sebuah game yang berjaya.

Hasilnya Supercell berjaya membangunkan game Clash Of Clans yang bukan sahaja menjadi kegemaran malah ia menjadi ketagihan kepada setiap pemain permainan ini.


2. Permainan percuma

CoC adalah permainan percuma. Ini membuatkan setiap peminat game tidak keberatan untuk memuat turun permainan ini dan mencubanya.

Walaupun begitu, masih terdapat pembelian gems didalam game ini sekiranya pemain tidak mahu menunggu lama dalam kerja-kerja upgrade. Uniknya permainan ini ia tidak memaksa atau terlalu menekan pemain untuk melakukan pembelian. malah pemain boleh mengumpul gems secara percuma sekiranya anda memang tidak mahu membeli.

Adakah strategi ini berbaloi kepada Supercell?

Menurut sekumpulan hackers (penggodam) yang telah berjaya memecah masuk ke akaun syarikat Supercell, pendapatan syarikat ini di dalam sehari adalah sekitar 5 milion!

Tak dapat dipastikan berapa jumlah sebenar untuk game CoC memandangkan akaun itu juga menjadi akaun untuk game Hay Day dan Boom Beach. Tetapi jumlah itu tetap sesuatu yang besar walaupun permainan mereka percuma dan tiada paksaan dalam pembelian.


5 rahsia kejayaan clash of clans
Add caption

3. Komuniti

Sifat semulajadi manusia adalah suka berada didalam kelompok kumpulan yang sama denganya. Contoh seperti Facebook membenarkan pengguna laman sosial itu untuk mencipta group dan kita bebas untuk menyertai mana-mana kumpulan yang kita minat.

Begitu juga pendekatan yang digunakan dalam game CoC. Supercell telah membolehkan pemain untuk berborak atau chat melalui ruang yang disediakan pada game itu. Malah peperangan secara kumpulan (clans war) menjadikan pemain perlu bekerjasama bersama pemain-pemain lain mencapai kemenangan.


4. Sentiasa kemaskini

Supercell sangat-sangat menjaga baik game CoC ini. Mereka sangat peka dengan keadaan sekeliling dan kemahuan pemain permainan ini. Kemaskini sentiasa dilakukan contoh jika tibanya waktu krismas, pemain boleh melihat salji turun di dalam game CoC malah watak-watak dalam permainan ini juga sentiasa dikemaskini membuatkan game ini seolah-olah tiada penghujungnya.


5. Android

Pendapat Belalang ini adalah salah satu sebab juga mengapa CoC menjadi satu game yang berjaya. Supercell Terlebih dahulu melancarkan game ini pada pelantar iOS pada tahun 2012.

Pada tahun 2013 Supercell mengambil langkah melancarkan juga CoC melalui pelantar android dimana peminat games boleh memuat turun game ini melalui Google Playstore. Selepas itu CoC pun mulai mencipta nama hingga kehari ini.


Itulah antara 5 sebab menjadikan game CoC menjadi permainan terbaik yanh menjadi kegilaan tanpa mengira faktor umur dan juga jantina. Perempuan juga ada yang meminati game ini tau.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Jumpa lagi pada penulisan akan datang!

Terima kasih kerana membaca

Jumaat, 13 Mac 2015

Kehadiran Cahaya Mata Baru

Hampir terlupa Belalang untuk mengabdikan satu lagi sejarah baru dalam keluarga Belalang. Tak lama lagi Belalang dan Mrs.Belalang bakal menerima cahaya mata baru dalam keluarga ini.

kehadiran cahaya mata baru
Gambar carian Google

Belalang Jr. kini dah berusia 6 tahun. Belalang Jr. II pula dah berusia 3 tahun. Sebenarnya kehadiran orang baru ni tak dirancang langsung oleh kami berdua. Tetapi itulah rezeki.

Walaupun ekonomi keluarga Belalang masih belum stabil tetapi Belalang tetap menerima kehadiran seorang lagi cahaya mata ini dengan syukur tidak terhingga.

Ada orang dah kahwin hingga bertahun-tahun tetapi belum ada rezeki memiliki zuriat. Jadi kita yang miliki anak-anak perlu hargai pemberian tidak ternilai dari-Nya.

Semoga dengan kehadiran cahaya mata baru ini akan lebih merapatkan hubungan kami sekeluarha dan kehadirannya menceriakan lagi hari-hari kami.

Terima kasih kerana membaca

Khamis, 12 Mac 2015

Review Perjalanan Keretapi Tanah Melayu (KTMB)

Inilah kehidupan seorang blogger... Apa sahaja yang boleh ditulis, boleh direview, habis semua ditulisnya. Termasuk la Belalang, kali ni Belalang nak review tentang dua keretapi tanah melayu berhad (KTMB) iaitu keretapi Senandung Langkawi dan Ekspress Rakyat yang Belalang naik baru-baru ni.

Baru-baru ni Belalang ada sedikit urusan di Kuala Kangsar. Entah macam mana Mrs.Belalang ajak naik keretapi untuk kesana. Lagipun adik Mrs.Belalang tinggal di Kuala kangsar, Rumahnya sangat hampir dengan stesen keretapi di sana.

Pada awalnya Belalang cuba memeriksa jadual perjalanan keretapi dari Bukit Mertajam ke Kuala Kangsar di internet. Tetapi malangnya Belalang tak temui laman web yang betul. Jadual perjalanannya juga tidak disediakan. Malah lebih tak best nombor telefon pejabat KTMB yang Belalang perolehi di internet juga adalah talian yang telah tamat perkhidmatannya.

Dengan menaiki motosikal, Belalang terus beli tiket keretapi untuk ke Kuala Kangsar di stesen KTMB Bukit Mertajam. Rupa-rupanya stesen KTMB di Bukit Mertajam telah berpindah ke Permatang Rawa. Patutlah nombor telefon tiada dalam perkhidmatan. Tetapi yang hairan mengapa tak kemaskini nombor telefon baru di internet?

Review Perjalanan Keretapi Tanah Melayu (KTMB)

Memandangkan perjalanan dari Bukit Mertajam ke Kuala Kangsar tidak begitu jauh, Belalang hanya membeli tiket tempat duduk kelas ketiga. Murah sahaja tiketnya iaitu dewasa RM9.

Dipendekkan cerita, pukul 10 malam Belalang, Mrs.Belalang dan Belalang Jr. pun tunggu ketibaan keretapi. Lebih kurang pukul 10.40 malam keretapi Senandung Langkawi pun sampai dan kami terus bergegas naik.

Review Perjalanan Keretapi Tanah Melayu (KTMB)

Pada mulanya Belalang sangkakan kelas ketiga tentulah tidak begitu selesa dan elok. Rupanya sangkaan awal Belalang itu salah sama sekali! Kelas ketiga keretapi Senandung Langkawi sangat selesa dan bersih. Malah perjalanan keretapi yang memakan masa dua jam itu tak terasa langsung.

Review Perjalanan Keretapi Tanah Melayu (KTMB)

Dua hari di Kuala Kangsar maka tibalah masa untuk Belalang sekeluarga pulang. Tiket keretapi dari Kuala Kangsar ke Bukit Mertajam tidak ada tiket kelas ketika. Maka Belalang pun membeli tiket kelas kedua. Harga tiket dewasa kelas kedua RM16. Keretapi tiba pada pukul 8 malam. Setibanya keretapi Ekspress Rakyat, kami bertiga pun naik ke gerabak.

Review Perjalanan Keretapi Tanah Melayu (KTMB)

Jika dibandingkan kelas ketiga Senandung Langkawi dan kelas kedua Ekspress Rakyat, kelas ketiga Senandung Langkawi lebih selesa dan bersih.

Malah, udara di dalam gerabak kelas dua tersebut terasa begitu mmenyesakkan dada. Manakala meja dibelakang bangku tempat duduk penumpang juga banyak yang sudah rosak.

Review Perjalanan Keretapi Tanah Melayu (KTMB)

Keseluruhannya Belalang berpuas hati dengan perjalanan pergi dan balik tersebut. Malah rasanya menaiki keretapi untuk ke sesuatu destinasi masih lagi relevan walaupun KTMB dilihat seperti sedikit tenggelam kerana kemodenan pengangkutan awam lain yang wujud.

Cumanya jika keadaan dalaman setiap gerabak dijaga elok, pasti ia akan lebih memberi pengalaman menarik kepada setiap penumpang untuk terus menjadikan perkhidmatan keretapi tanah melayu sebagai salah satu pengangkutan awam yang digemari ramai.

Terima kasih kerana membaca...

Rabu, 11 Mac 2015

Pengalaman Baik Dan Buruk Bisnes Burger

Sekitar tahun 2000 Belalang pernah mempunyai sebuah gerai burger. Sebenarnya itulah pengalaman pertama berharga berkaitan perniagaan yang Belalang perolehi dalam hidup. Kali ini Belalang ingin kongsikan pengalaman baik dan buruk bisnes burger yang pernah Belalang lalui.

Waktu itu Belalang menjalankan bisnes burger secara part time. Apabila pulang dari kolej, Belalang akan terus pergi beli bahan-bahan mentah seperti roti, daging burger dan sayur. Letih juga sebenarnya terpaksa belajar dan berniaga, tetapi ia tetap menyeronokkan kerana berniaga burger bagi Belalang sememangnya enjoy!

pengalaman baik dan buruk bisnes burger
Gambar carian Google

Sewaktu memulakan perniagaan ini, Belalang mengeluarkan modal kira-kira RM500. Gerai burger Belalang dibeli daripada kawan abang. Gerai yang dibeli bukanlah gerai stainless steel, sebaliknya hanya dibuat menggunakan papan lapis dan kain terpal.

Pada hari pertama berniaga, memang sangat kalut kerana Belalang dan kawan-kawan yang membantu sememangnya zero dalam selok-belok perniagaan ini.

Kami belajar sedikit demi sedikit hingga akhirnya Belalang dan kawan-kawan semakin mahir dalam bisnes ini. Bisnes gerai burger Belalang bertahan selama setahun lebih sebelum Belalang tutup kerana kekangan waktu untuk final exam dan tapak Belalang dicuri orang.

Antara kebaikan berniaga burger yang Belalang rasa adalah modal tidak besar. Mungkin pada hari ini kos bahan-bahan mentah untuk hasilkan burger meningkat tetapi Belalang rasa ia masih lagi murah berbanding perniagaan makanan lain.

Keduanya burger sememangnya menjadi kegemaran setiap lapisan masyarakat Malaysia tak kira tua atau muda, cina, melayu dan india semuanya boleh makan dan sangat menggemari makanan ini.

Ketiga, walaupun perniagaan burger dilihat seperti perniagaan kelas rendah tetapi ia sebenarnya memberi pendapatan yang sangat lumayan sekiranya anda pandai memilih lokasi, dan burger anda disukai oleh orang ramai. Burger Belalang dahulu mempunyai pelanggan tetap hingga 20 minit sebelum dia datang, dia akan telefon untuk membuat pesanan.


Tetapi berniaga burger juga mempunyai keburukannya. Salah satunya ialah terlalu ramai yang menjalankan bisnes ini. Belalang lihat pada hari ini jika di sebelah jalan sini ada gerai burger, bertentang dengan gerai buger tu pun akan ada satu lagi gerai burger. Malah disekitar tempat Belalang ada gerai burger yang berniaga sebelah-sebelah sahaja.

Kedua, perniagaan burger biasanya tidak dapat dijalankan apabila cuaca hujan atau ribut. Belalang pernah alami dimana ketika sedang berniaga hujan turun dengan lebatnya diikuti angin kuat hingga bumbung gerai burger hampir melayang. Dan pada malam ini sales jatuh dengan teruknya. Modal barang dah keluar, tetapi tak dapat berniaga.

Ketiga, seperti Belalang katakan tadi iainya berkaitan dengan lokasi dan rasa burger anda. Sekiranya lokasi yang anda pilih salah dan burger anda dibuat sambil lewa, pelanggan anda akan beralih ke gerai burger yang lain kerana seperti yang Belalang nyatakan sebelum ini gerai burger begitu mudah dijumpai dimana-mana sahaja!

Itulah antara cebisan pengalaman baik dan buruk berniaga burger yang dapat Belalang kongsikan. Jika anda sedang mempertimbangkan untuk memulakan perniagaan ini, harapnya penulisan dari Belalang membantu anda membuat pertimbangan.

Sekiranya anda nak lagi tips-tips memulakan perniagaan burger secara percuma, Belalang cadangkan anda lawat ke minisite ini -->> Bisnes Burger Preview (klik sini)

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda!

Terima kasih kerana membaca

Selasa, 10 Mac 2015

Carian Main Dengan Nyonya Tua?

Pertengahan tahun 2012 Belalang ada berkongsikan pengalaman misteri Belalang bertemu seorang nyonya tua pada pukul 3 pagi (klik untuk membaca). Ceritanya agak misteri berkaitan dengan satu kisah orang-orang lama di kawasan tersebut tentang penunggu kawasan itu.

Tak disangka rupanya tulisan Belalang tentang nyonya tua itu sering menjadi carian oleh pengguna-pengguna internet. Tetapi yang peliknya mereka bukan cari kisah misteri atau hantu, sebaliknya carian mereka lebih kepada unsur lucah seperti main dengan nyonya tua, nyonya tua sedap dan lain-lain lagi keywords yang ngeri untuk ditulis.

carian main dengan nyonya tua

Hairan juga Belalang bagaimanakah Google boleh related kan blog ini dengan keywords begitu =,=!

Dan yang lebih hairan ada juga yang mencari kata kunci-kata kunci sebegitu! Memang dunia nak terbalik betul. Dengan nyonya pun teringin ke? xD

Kesimpulannya apa sahaja kata kunci berkaitan seks di internet, ia sangat dicari-cari oleh pengguna hatta kata kunci yang dicari itu bagi kita kedengaran sangat mengarut dan tak masuk akal tetapi ia tetap mempunyai carian yang tinggi :)

Sekian, terima kasih kerana membaca

Ahad, 22 Februari 2015

Gatal-gatal Pada Tapak Kaki Rupanya Ekzema (Eczema)

Baru-baru ni Belalang mengalami masalah seperti gatal-gatal pada tapak kaki kiri. Masalah menjadi lebih serius apabila Belalang langsung tak dapat memijak lantai selepas menghadiri satu majlis rasmi di mana seharian Belalang mengenakan kasut bertutup.

Hampir sebulan lamanya Belalang tak dapat berjalan, nak memandu pun tak selesa kerana sakit sangat bila tekan pedal. Belalang tak ambil apa-apa ubat kerana menyangkakan masalah ini hanya gatal-gatal biasa.

Setelah hampir sebulan masalah ini berlaku, Belalang lihat kaki Belalang beransur-ansur pulih. Tetapi dua hari sudah Belalang lihat ia kembali bernanah dan mengeluarkan air bisa.

ekzema (eczema) pada kaki

Gambar di atas sengaja Belalang buat hitam putih supaya anda tak terlalu ngeri untuk melihatnya :)

Disebabkan itu Kelmarin Belalang pergi mengambil ubat di klinik Dr.Ismail, antara klinik yang lama di Kulim.

ekzema (eczema) pada kaki

Bagi Belalang klinik doktor Ismail ubat-ubat yang disediakannya sememangnya terbaik. Walaupun mahal sedikit tetapi ia mampu memulihkan dalam masa singkat.

Ketika tiba giliran Belalang untuk diperiksa, doktor meneliti kesan-kesan luka di kaki Belalang. Doktor mengatakan yang simptom Belalang alami ini adalah ekzema.

Kata doktor ekzema adalah satu penyakit kulit yang tiada tak akan sembuh. Ia akan hilang jika kita ambil ubat atau produk. Tetapi ia boleh datang balik bila-bila masa sahaja.

Penyakit ini juga menurut doktor penyakit keturunan. Maksudnya antara anak-anak Belalang nanti ada yang akan terkena penyakit ini juga.

ekzema (eczema) pada kaki

Doktor memberikan beberapa ubat makan dan krim sapuan kepada Belalang.

Harapnya kaki Belalang akan pulih dengan cepat seperti biasa. Banyak aktiviti Belalang kan memerlukan Belalang memakai kasut bertutup. Jika keadaan ini berterusan, Belalang tak dapatlah memakai kasut.

Oh ya... Belalang ada menulis tentang simptom ekzema dan bagaimana untuk merawatnya. Anda boleh membacanya di sini -->> Tanda-tanda Ekzema Dan Cara Merawatnya

Terima kasih kerana membaca...

Khamis, 19 Februari 2015

Bagaimana Nak Buka Lebih Dari Satu Akaun Facebook Pada Telefon Android?

Baru-baru ni ketika Belalang sedang kaji kata-kata kunci atau keywords yang singgah ke blog Encik Bell, Belalang lihat ada beberapa kata carian bagaimana nak buka lebih satu akaun Facebook pada Telefon Android.

Walaupun tak tinggi cariannya, tetapi terasa macam nak kongsi pula memandangkan ada juga pengguna yang tak tahu.

Sebelum ini sewaktu masih aktif berblog Belalang pernah menulis tentang Bagaimana Caranya Untuk Gunakan Dua Akaun Facebook Berbeza Dalam Satu Masa? Jika anda mahu membacanya, klik pada tulisan berwarna hijau tersebut.

Untuk membuka lebih daripada satu akaun Facebook (FB) di telefon bukanlah sesuatu yang susah.

bagaimana nak buka dua akaun facebook pada telefon android

Pertama sekali anda sudah semestinya memuat turun aplikasi FB rasmi di Google Play. Gunakan FB ini sebagai akaun utama anda. Rujuk gambar di atas icon FB tersebut.

Untuk akaun kedua, anda perlu muat turun aplikasi Opera Mini. Juga boleh didapati di Google Play.

bagaimana nak buka dua akaun facebook pada telefon android

Melalui Opera Mini, anda boleh buka akaun FB anda yang kedua tanpa mengganggu akaun FB utama anda.

Anda juga boleh membuka akaun FB melalui Google Chrome yang sedia terdapat pada telefon anda (jika ada).

Belalang harap perkongsian kali ini bermanfaat untuk anda.

Terima kasih kerana membaca!

Rabu, 18 Februari 2015

Sedapnya Karipap Roti Gardenia Mrs.Belalang

Semalam Mrs.Belalang telah sediakan karipap roti gardenia kepada Belalang dan anak-anak. Sebelum ini pun Mrs.Belalang pernah buat beberapa kali.

Biasanya Mrs.Belalang akan sediakan menu ini sekiranya roti gardenia yang ada masih tak luak atau dah hampir dengan tarikh luput.

Kebetulan semalam sewaktu Mrs.Belalang sedang sediakannya, Belalang ada sekali di dapur. Alang-alang dah kembali aktif berblog, Belalang pun tangkap gambar dari mula Mrs.Belalang sediakannya sampai siap.

Bahan-bahan karipap roti gardenia

- Roti gardenia
- Inti terpulang pada citarasa anda samada ubi, sardin, telur atau apa-apa inti yang anda suka.
- Acuan karipap, jika tiada guna cawan pun boleh


Cara buat rujuk pada gambar.

Gambar satu dan dua, sediakan roti. Jika perlu dileperkan pun boleh.

Gambar tiga dan empat letakkan inti. Semalam Mrs.Belalang buat inti ayam.


Gambar nombor lima gunakan acuan karipap dan kepit roti bersama inti tadi.

Gambar nombor enam roti yang dah siap di kepit dengan acuan karipap.

Gambar nombor tujuh masukan karipap yang dah siap tadi ke dalam minyak panas.

Dan nombor lapan karipap gardenia dah siap untuk dimakan!

Sebenarnya dengan roti gardenia ni saja bermacam-macam menu lagi yang boleh dibuat contoh aiskrim goreng.

Kepada yang belum pernah cuba, boleh la anda cuba sediakan menu yang mudah ini.

Terima kasih kerana membaca

Selasa, 17 Februari 2015

Roti Berkulat Sebelum Tarikh Luput

Petang tadi mak saudara Belalang datang ke rumah. Sahaja dia singgah hanya untuk borak-borak kosong. Kebiasaannya mak saudara Belalang ni tak pernah datang dengan tangan kosong.

Begitu juga dengan petang ini. Datangnya bersama-sama tiga jenis roti yang dibelinya di kedai kek kulim hi-tech.

Kegemaran Belalang sememangnya roti yang diletakkan daging hot dog di atasnya. Kiranya bila terpandang sahaja roti tu, memang tak tunggu lama, terus saja Belalang buka untuk makan.

Belalang makan bersama Belalang Jr. dan adik Belalang Jr. Sambil suap mereka, sambil masuk ke mulut Belalang sedikit.

Ketika kali ke tiga Belalang masukkan roti ke mulut, Belalang terpandang sesuatu yang berbulu di atas daging hot dog. Ya, tak salah lagi roti ini sudahpun berkulat! Yakkk


Belalang terus ambil dan lihat tarikh luput yang tertera pada plastik. Tarikh luputnya esok. Tetapi malangnya roti ini sudah berkulat sebelum sampai tarikh luput.

Walaupun dua lagi roti yang dibeli bersama tersebut masih elok, tiada tanda-tanda dah luput, tetapi kejadian tersebut terus mematahkan selera Belalang untuk menikmatinya.

Walaupun dalam hal ini pemilik kedai bersalah kerana tak menjaga atau memeriksa kualiti roti yang disediakannya, namun sedikit sebanyak ia juga memberi pengajaran kepada Belalang supaya selepas ini perlu lebih berhati-hati dan lebih teliti untuk beli roti-roti sebegini.

Terima kasih kerana membaca

Isnin, 16 Februari 2015

Bagaimana Menggunakan Dua Akaun Instagram Pada Satu Masa

Sebelum ini Belalang dah kongsikan sebab mengapa perlu guna Instagram jana pendapatan online. Kali ni Belalang nak kongsikan bagaimana untuk gunakan dua akaun Instagram pada masa yang sama di telefon yang sama.

Ramai orang yang leceh untuk ada lebih dari satu akaun kerana jika anda punyai dua akaun, anda perlu log keluar akaun pertama terlebih dahulu dan log masuk akaun baru.

Tetapi semua ini boleh diselesaikan jika anda memuat turun Instwogram pada telefon anda!

contoh paparan pada telefon (abaikan game-game yang ada)

Sangat mudah menggunakan Instwogram kerana dari paparan dan cara mengendalikannya semuanya sama dengan Instagram.

Dua akaun dibuka pada masa yang sama

Dengan cara ini anda sudah punyai dua akaun dan tak perlu lagi log keluar untuk guna akaun kedua. Belalang gunakan dua akaun, satu akaun personal, satu lagi akaun untuk bisnes dan iklan.

Bagaimana untuk memuat turun aplikasi ini? Di Google store memang tiada. Jadi anda boleh memuat turunnya di sini -->> INSTWOGRAM

Semoga perkongsian ini membantu anda untuk memudahkan urusan anda di Instagram!

Jika anda berminat untuk menjana pendapatan online di Instagram dengan hanya 1 jam sahaja online sehari, klik sini (klik)

Sekian,

Ahad, 15 Februari 2015

Sebab Mengapa Perlu Guna Instagram Jana Pendapatan Online

Adakah anda diantara orang-orang yang sedang menjana pendapatan online di Instagram? Jika ya, tahniah Belalang ucapkan! Belalang ni baru saja berjinak-jinak guna Instagram. Sekarang baru sedar mengapa perlu guna Instagram untuk jana pendapatan.

Pada mulanya Belalang rasanya seperti Instagram ini hanya sesuai untuk mereka yang gila bergambar dan selfie. Kerana Belalang tidak suka bergambar, jadi Belalang langsung tak pernah ambil kisah tentangnya.

Sehinggalah Belalang temui rahsia tentangnya di sini (klik), barulah Belalang sedar potensi yang ada di Instagram.

Sedikit tips atau cara yang Belalang rasa perlu anda lakukan bagi memulakan bisnes anda di Instagram-

1. Gambar

Tak dinafikan yang Instagram diwujudkan untuk pengguna berkongsi gambar. Jadi sudah tentulah perkara utamanya juga berkaitan dengan gambar. Pastikan gambar anda menarik dan jelas. Jika anda seorang jurugambar perkahwinan dan sebagainya, mana tahu dengan hasil kerja yang kemas pasti akan ada yang hubungi anda untuk berbincang tentang sesuatu kerja.

2. Hashtags

instagtam jana pendapatan online
Contoh penggunaan hashtags kahwin

Ramai diantara pengguna di Instagram Belalang perhatikan masih belum mahir dengan penggunaan hashtags. Sebenarnya fungsi hashtags sangat bagus jika anda gunakannya dengan betul. Contoh, jika anda memuat naik gambar perkahwinan, anda boleh masukkan hashtags yang berkaitan perkahwinan supaya apabila ada yang mencari hashtags #perkahwinan, anda juga akan tersenarai.

3. Pengikut (Followers)

Followers di Instagram adalah sama juga seperti di media sosial yang lain. Dengan adanya followers ia memberikan gambaran kepada orang yang pertama kali datang ke Instagram anda yang anda adalah seorang yang berpengaruh dan boleh dipercayai. Jadi apabila anda memuat naik gambar atau menawarkan sesuatu, tak mustahil followers anda orang pertama memberi sokongan dan mendapatkannya. Cara untuk mendapat pengikut adalah dengan cara menyukai (like) gambar-gambar dari mereka atau anda terlebih dahulu menjadi pengikut mereka. Akhirnya pasti mereka juga akan membalas kembali apa yang anda buat kepada mereka.

4. Tentang anda

instagram jana pendapatan online
Contoh profile perniagaan lengkap


Pastikan anda mengemas kini profile anda supaya mudah untuk pelanggan berurusan dengan anda. Contohnya masukkan nama kedai, daftar perniagaan (jika ada) nombor untuk dihubungi dan apa sahaja yang berkaitan dengan anda yang perlu pelanggan tahu. Contoh rujuk seperti gambar di atas.

5. Hubungkan dengan laman sosial yang lain

Instagram mempunyai satu fungsi dimana anda boleh hubungkan ia dengan akaun lama sosial anda yang lain seperti Facebook dan Twitter. Dengan fungsi ini, anda tak perlu memuat naik gambar yang sama berkali-kali. Cukup hanya upload di Instagram, klik pada publish dan ia akan hantar sekali gambar tersebut di laman-laman sosial yang lain.

6. RAHSIA....

7. RAHSIA....

8. RAHSIA....

9. RAHSIA...

10. RAHSIA...

11. RAHSIA...

12. RAHSIA...

13. RAHSIA...

Eh, apa ni? Nombor 6 hingga 13 semuanya rahsia? Nak tahu jugak ke? ;)

Ops, jangan risau... Belalang tak ada niat nak rahsia-rahsia ni. Jika anda serius nak belajar bagaimana nak menjana pendapatan online melalui Instagram, klik sini (klik).

Sampai bertemu lagi!

Sekian,

Sabtu, 14 Februari 2015

Setahun Menghilang | Blog Membina Pendapatan Pasif

Setahun lamanya Belalang hilang dari dunia blog. Bukan tiada masa untuk update, tetapi diri ni terasa seperti tiada 'nafsu' untuk menulis. Ni mesti ada yang guna-gunakan Belalang ni. Cis!

Akhirnya baru-baru datang kembali kerinduan untuk update blog setelah melihat rakan-rakan blog yang Belalang kenal sekian lama masih lagi setia dan sangat rajin berblog. Harapnya kali ni lama la sikit kerajinan ini melekat di diri :)

Walaupun setahun Belalang langsung tak update mana-mana blog yang ada, tetapi blog-blog ini masih menjana pendapatan. Alhamdulillah.



Print screen di atas adalah kedudukan Belalang sebagai affiliate di Ashadee untuk tahun 2014. Nama Belalang masih mampu tersenarai dalam 100 top affiliate. Walaupun jatuh 50 anak tangga berbanding tahun 2013, tetapi ia masih lagi dikira sesuatu yang sangat hebat sebab Belalang memang tak buat apa-apa!

Banyak ke pendapatan?

Tak adalah banyak mana. Lebih kurang sama dengan bonus ASB je. Jadi la untuk buat apa-apa di awal tahun hari tu.

Kesimpulannya, jika anda seorang blogger teruskan dengan gigih membina blog anda. Percayalah jika kena caranya, blog mampu membina pendapatan pasif. Kepada yang tiada blog dan teringin nak ada blog, carilah ilmu tentang dunia blog sebanyak mungkin. Dah ada ilmu terus praktik, jangan simpan ilmu tersebut sampai berlumut!

Sekian,

Pautan Artikel Menarik