Gatal-gatal Pada Tapak Kaki Rupanya Ekzema (Eczema)

Baru-baru ni Belalang mengalami masalah seperti gatal-gatal pada tapak kaki kiri. Masalah menjadi lebih serius apabila Belalang langsung tak dapat memijak lantai selepas menghadiri satu majlis rasmi di mana seharian Belalang mengenakan kasut bertutup.

Hampir sebulan lamanya Belalang tak dapat berjalan, nak memandu pun tak selesa kerana sakit sangat bila tekan pedal. Belalang tak ambil apa-apa ubat kerana menyangkakan masalah ini hanya gatal-gatal biasa.

Setelah hampir sebulan masalah ini berlaku, Belalang lihat kaki Belalang beransur-ansur pulih. Tetapi dua hari sudah Belalang lihat ia kembali bernanah dan mengeluarkan air bisa.

ekzema (eczema) pada kaki

Gambar di atas sengaja Belalang buat hitam putih supaya anda tak terlalu ngeri untuk melihatnya :)

Disebabkan itu Kelmarin Belalang pergi mengambil ubat di klinik Dr.Ismail, antara klinik yang lama di Kulim.

ekzema (eczema) pada kaki

Bagi Belalang klinik doktor Ismail ubat-ubat yang disediakannya sememangnya terbaik. Walaupun mahal sedikit tetapi ia mampu memulihkan dalam masa singkat.

Ketika tiba giliran Belalang untuk diperiksa, doktor meneliti kesan-kesan luka di kaki Belalang. Doktor mengatakan yang simptom Belalang alami ini adalah ekzema.

Kata doktor ekzema adalah satu penyakit kulit yang tiada tak akan sembuh. Ia akan hilang jika kita ambil ubat atau produk. Tetapi ia boleh datang balik bila-bila masa sahaja.

Penyakit ini juga menurut doktor penyakit keturunan. Maksudnya antara anak-anak Belalang nanti ada yang akan terkena penyakit ini juga.

ekzema (eczema) pada kaki

Doktor memberikan beberapa ubat makan dan krim sapuan kepada Belalang.

Harapnya kaki Belalang akan pulih dengan cepat seperti biasa. Banyak aktiviti Belalang kan memerlukan Belalang memakai kasut bertutup. Jika keadaan ini berterusan, Belalang tak dapatlah memakai kasut.

Oh ya... Belalang ada menulis tentang simptom ekzema dan bagaimana untuk merawatnya. Anda boleh membacanya di sini -->> Tanda-tanda Ekzema Dan Cara Merawatnya

Terima kasih kerana membaca...

Ulasan