Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

Klon Belalang Hijau Perisik?

Imej
Sebenarnya Belalang dah beberapa kali berjumpa dengan pengguna Facebook yang menggunakan nama 'Belalang Hijau'. Memang tak kisah langsung. Tapi baru-baru ini apabila Belalang berjumpa dengan satu account facebook yang pemiliknya menggunakan nickname 'Belalang Hijau Perisik', sama seperti nama Belalang memang menimbulkan kehairanan. Timeline 'klon Belalang Hijau Perisik' Jujurnya Belalang rasakan tak ramai pengguna yang akan terfikirkan nama sebegitu memandangkan bunyi nama itu akan kedengaran agak pelik jika salah sebutan. Hehehe... Tak pastilah pula samada pemilik account ini pernah jumpa account milik Belalang atau sememangnya dia sendiri memang mendapat ilham menggunakan nama tersebut. Tak apalah, yang penting kawan-kawan Belalang tahu mana satu account Facebook Belalang yang betul. Kalau ada yang belum add Belalang ke friendlist, silalah add Belalang ye. Ini addressnya ==> facebook.com/belalanghijau.perisik Terima kasih kerana membaca...

Promosi Homestay Di Kulim Kedah

Imej
Baru-baru ini Belalang telah bertungkus-lumus menyiapkan blog, fanpages dan ayat-ayat iklan untuk sebuah homestay di kawasan Kulim bernama Ayris Homestay. Antara tugas yang perlu Belalang selesaikan adalah membuat satu blog siap dengan beberapa entry, satu fanpages siap design timeline cover dan sedikit ayat marketing, satu iklan di Mudah.my. Banyak jugakan kerja yang Belalang kena buat? Sebenarnya pemilik Ayris Homestay adalah Kakak Belalang sendiri. Disebabkan itu Belalang tak kisah untuk tolong lebih-lebih :) Sekiranya anda berminat untuk melihat hasil kerja Belalang yang tak seberapa tu, sila-silalah untuk klik link ini. Kalau boleh supportlah sekali dengan cara like pages tersebut :P Blog Ayris Homestay Fanpages Ayris Homestay Sekiranya berminat untuk bermalam di Ayris Homestay, sila-silalah hubungi nombor yang tertera pada blog dan fanpages. Bagaimana dengan hasil kerja Belalang? sekiranya ada yang berminat untuk mendapatkan khidmat Belalang untuk membuat b

Penghuni Baru Kolam Encik Bell

Imej
Selepas Belalang dah berjaya menjernihkan kembali air kolam yang keruh sebelum ini, satu masalah baru dah timbul. Nak tahu apakah ia? Jawapannya adalah kurangnya ikan yang berenang-renang dalam kolam. Yelah, kalau tak silap Belalang dalam tu hanya ada 5 ekor ikan kap dan ikan guppy yang kecil-kecil tu. Tinggal dalam  kolam sebesar tu memanglah jarang nampak ikan berenang-renang. Selamat datang ke kolam Encik Belalang.. Hehehe Maka Belalang dan Mrs. Belalang pun menambah lagi 5 ekor ikan kap. Ambil yang kecil-kecil saja. Murah sikit :P Biarkan ikan dalam plastik dalam air kolam tu sekejap untuk dia sesuaikan suhu dengan tempat baru Semoga berbahagia di tempat baru mu ini... Nampak gayanya macam perlu ditambah lagi beberapa ekor ni. Nanti kalau ada rezeki lebih lagi, Belalang akan tambah lagi :) Terima kasih kerana membaca...

Menjernihkan Air Kolam

Imej
Baru-baru ini Belalang telah membeli sejenis ubat menjernihkan air kolam memandangkan air kolam ikan Belalang tersangatlah keruhnya sampaikan ikan yang berenang dalam tu pun 'excident' sesama mereka xD Maaflah tak sempat pula nak ambil gambar ubat tu. Ubat tu berbentuk serbuk dan dijual dalam paket yang mak aih punyalah kecil. Satu pek harga RM10! Cara menggunakannya adalah dengan membancuhkan setengah daripada serbuk tersebut dalam satu bekas asing. Apabila sebatian tersebut larut sepenuhnya, tuangkan ia dalam filter air. Bagi yang tak guna filter, tuang terus sahaja dalam air kolam. Comel tak filter air untuk kolam ni? kecil je... huhuhu Hasilnya air kolam sememangnya akan jernih! walaupun tak adalah sampai jernih macam cermin, tapi sekurang-kurangnya kini dah boleh nampak ikan yang berenang-renang dalam air. Kalau menurut cakap tuan kedai tu, ubat yang diletakkan di dalam air ni mampu membuatkan air jernih dalam waktu yang lama. Kesan selepas beberapa mi

Perkhidmatan Tempahan Kad Kahwin

Imej
Akhirnya perniagaan Belalang telah pun mempunyai satu lagi perkhidmatan yang berkaitan dengan perkahwinan juga iaitu tempahan kad kahwin. Dulu sewaktu awal-awal menjalankan perniagaan kedai barangan pengantin ni, memang Belalang dah pernah sediakan perkhidmatan ini. Namun, disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, Belalang terpaksa berhenti seketika. Kini, Belalang rasa dah tiba waktu untuk kembali menjalankan perkhidmatan ini memandangkan maklum balas yang diterima sebelum ini sangat-sangat menggalakkan. Bagi pasangan yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan yang tinggal berhampiran dengan kawasan perniagaan Belalang iaitu Lunas, dijemput untuk datang dan melihat sendiri design-design kad kahwin yang disediakan. Lebih daripada 300++ design terkini yang boleh anda dan pasangan pilih. Malah, kualiti dan rekaannya dijamin sangat memuaskan! Untuk tempahan online, buat masa ini Belalang masih dalam proses setup. Nanti jika dah siap, akan Belalang war-warkan y

Keranamu Belalang Jr.

Imej
Belalang Jr. Apabila Belalang Jr. dah pandai merengek memintakan sesuatu. Nak tak nak diturutkan juga kemahuannya oleh Belalang dan Mrs.Belalang. Ego ibu dan bapa, walaupun pada awalnya berkeras tidak mahu terlalu mengikut kemahuan anak, namun rasanya tiada pasangan yang sanggup menghampakan harapan dan permintaan si anak. Akhirnya... - - - - - - - - - Rumah hamster buat dengan kotak mainan :P Sepasang anak hamster kecil yang pernah diminta Belalang Jr. pada beberapa hari sebelum ini dibelikan juga oleh Belalang. Walaupun selepas ini Belalanglah yang akan terpaksa membersihkan sangkar hamster ini termasuk beri makan (bertambah kerja aku), tak apalah demi Belalang Jr. Harapnya panjanglah 'jodoh' hamster ini dengan keluarga Belalang :)

Autoblogwalking 2013 | Ada Yang Kisah?

Imej
Autoblogwalking datang lagi? Rasanya kali ini ia lebih bersistematik dan diterima ramai. Walaupun autoblogwalking pernah ditentang satu masa lalu, tetapi mengapa ia datang lagi? Sebenarnya Belalang rasa tiada siapa lagi yang nak bising-bising pasal auto blogwalking kerana rata-ratanya blogger pada hari ini dilihat tidak lagi menjadikan blogwalking sebagai sesuatu yang wajib dilakukan seperti beberapa tahun sudah. Mungkin juga autoblogwalking ini boleh dibiarkan memandangkan kebanyakkan yang mengguna adalah terdiri daripada peniaga online yang berusaha mencari pendapatan. Cumanya satu yang Belalang tak berkenan adalah cara mereka meninggalkan mesej. Tak payah la nak tipu-tipu tulis dah klik iklan bagai, padahal datang pun tidak. Ingat, internet memang lubuk duit. Tapi nak buat duit carilah jalan yang diberkati. Tak guna dapat duit iklan banyak tapi gunakan cara salah! Sekadar teguran ikhlas dari blogger kepada blogger :) Terima kasih kerana membaca...