Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kedai makan

Puji Arabian Delight Kulim | Berbuka Puasa Disini

Imej
Rasanya masih belum terlewat untuk Belalang kongsikan sebuah tempat buka puasa yang Belalang kira agak menarik di Kulim iaitu Restoran Puji Arabian Delight. Bertempat di Keda Agro Tech, Jalan Simen (berdekatan Taman Tiram), restoran ini menyediakan menu nasi arab yang sangatlah sedap bagi tekak Belalang dan mereka yang berkunjung ke sini. Menyediakan dua menu utama iaitu nasi arab ayam dan nasi arab kambing. Pengunjung boleh memilih samada mahukan hidangan dalam set talam atau pun pinggan individu biasa. Untuk tahun ini, Belalang sempat berbuka puasa disini sebanyak dua kali. Pada bulan-bulan lain (bukan bulan Ramadhan) restoran ini tetap beroperasi seperti biasa. Cumanya pada bulan puasa ia menjadi unik sedikit dimana pemilik restoran ini biasanya hanya mengenakan cas untuk pinggan pertama yang dimakan. Untuk nasi tambah atau lauk yang ditambah, diberikan percuma sahaja. Betul! tak tipu :D Sekiranya anda ingin merasai keenakan nasi arab dari Puji ini, silalah buat...

Kedai Cantik + Makanan Sedap = Pakej Lengkap

Imej
Sambil tulis entry, sambil pekena satay... perh! memang nikmat. Ops, lama tak tulis entry, tiba-tiba tulis mukadimah terus cerita pasal makan. Maaf ye, tapi memang entry ni ada kaitan dengan makanan. Suka makan di luar tak? maksud Belalang makan di gerai atau restoran? Belalang kebelakangan ni kerap betul makan di luar rumah. Mrs.Belalang sibuk sangat baru-baru ni. Jadi sebagai suami yang penyayang (wek!) Belalang pun tak benarkan Mrs.Belalang masak. Sebaliknya kami makan di luar sahaja. Tengah hari tadi Belalang singgah makan ke satu restoran nasi ayam. Jika dilihat dari luaran seperti cara hias dan konsep restoran ni yang kelihatan gah, sememangnya mampu menarik perhatian orang-orang yang sedang kelaparan seperti Belalang untuk singgah dan makan. Cantik betul hiasan di restoran ini. Daricat  warna dinding, perabot dalaman dan cara layanan dari pelayan, sememangnya Belalang beri markah penuh. Belalang pun pesan nasi ayam black papper, sementara Mrs.Belalang makan mee kuah (k...

Makan-makan Di Restoran DePauh Garden

Imej
Salam hari Ahad kepada sahabat-sahabat blogger dan pembaca tegar blog ini (bajet blogger hot!). Apa rancangan hari minggu ni? Ada nak bawa keluarga keluar makan tak? Apa kata Belalang kongsikan satu tempat makan menarik di Permatang Pauh iaitu DePauh Garden | Restaurant & Cafe . Belalang sering gunakan jalan di hadapan restoran ini, tapi tak pernah singgah. Hinggalah hari yang Belalang nak ke Pesta Pulau Pinang. Belalang singgah untuk makan-makan kejap disitu. Waktu sampai tu jam menunjukkan lebih kurang pukul 6 petang. Walaupun baru 6 Petang, tapi pelanggan yang datang makan-makan di restoran tu teramatlah ramainya. Di kawasan parking DePauh Garden Akuarium besar di dalam restoran menarik perhatian pengunjung  Keadaan sekeliling kedai ini dihias dengan cantik dan tampak eksklusif. Sebenarnya restoran ini ada menyediakan open space atau dataran luas yang diletakkan meja makan di kawasan itu. Malangnya kamera cap ayam Belalang ni gambar tak cantik pul...

Penampakkan Objek Busuk Di McDonalds Kulim

Imej
Ya, kali pertama Belalang bertemu pengalaman begini di restoran makanan segera. Bukan salah pekerja McDonalds (McD) Tersebut tetapi mungkin pelanggan yang masih belum mampu berfikir dengan matang. Apa yang Belalang merepek ni? sengaja mahu buat anda tertanya-tanya sebentar. Hehehe... Ok mari Belalang ceritakan perkara ini dari mula sampai habis ya. Sebaik sahaja tamat siaran langsung bola sepak diantara Kedah menentang T-Team semalam, Belalang, Mrs.Belalang dan Belalang Jr. bersiap-siap untuk keluar makan. Setelah berbincang seketika mahu makan di mana, kami putuskan untuk makan di McD Kulim. Ini kerana kami berdua mahu beri peluang kepada Belalang Jr. untuk bermain-main dalam tempat permainan yang ada di dalam McD. Kami kasihan kepada Belalang Jr. kerana sepanjang hari hanya terperap di kedai bersama-sama kami sedangkan budak-budak lain sebayanya bermain-main di taman atau berlari di padang rumah bersama rakan-rakan. Dipendekkan cerita setelah mengambil meja berhampiran tempa...

M. Nasir Di MONrods Kulim

Imej
M. Nasir live in Kulim! kepada peminat-peminat sifu M. Nasir, jangan lepaskan peluang untuk melihat secara live persembahannya di Restoran MONrods Kulim pada 28 Januari 2012. sebenarnya ini adalah kunjungan kedua M. Nasir ke restoran berkenaan dimana persembahan sebelum ini diadakan pada bulan November 2011 (kalau tak salah la). Di bawah beberapa keping gambar persembahan M. Nasir di MONrods pada kunjungannya yang pertama dahulu. Semua gambar ini Belalang ambil di FB MONrods Kulim- Kepada yang berminat untuk menyaksikan persembahan ini, sila berhubung terus dengan restoran ini atau klik pada tulisan MONrods yang berwarna biru pada perenggan pertama. Terima kasih kerana membaca... ** Belalang ada seorang makcik yang minat sangat-sangat dengan M. Nasir. Kalaulah mampu bawa dia ke sini :)