Shoutbox Tak Keluar? Reload Frame Aje...

Semenjak memasang tekad untuk kembali menjadi blogger 'tegar' ni, Belalang dah kembali melakukan rutin harian yang dah jarang-jarang dilakukan iaitu 'blogwalking'. Walaupun tak selaju mula-mula blog dulu, tapi Belalang gerak juga untuk baca entry kawan-kawan.

Biasanya keutamaan diberikan kepada meraka yang berada dalam bloglist Belalang. Kalau nampak sahaja dalam bloglist tu ada tajuk baru, dengan pantasnya Belalang akan ke sana. Jadi kalau mahu dijengah oleh Belalang, sila-sila la kita membuat link exchange ye (promote ni) hahaha...

Ok, sekarang Belalang nak kongsikan sesuatu kepada kaki-kaki 'blogwalking' sekalian alam. Pernah tak ketika anda blogwalking, time nak tinggalkan jejak di shoutbox tu tengok-tengok dia tak keluar pula. Contoh macam gambar ni?

Print screen blog Caliph sebagai contoh. Dah dapat kebenaran tuan blog tau!

Biasanya hal ini berlaku kerana line internet yang slow. Kiranya macam page tu load tak abis la dia dah request time out (macam betul je ayat ni). Tambah-tambah lagi blog yang kita masuk tu berat kerana terlampau 'meriah' dengan macam-macam widget. Lagi la senang nak jadi macam ni.

Kalau dah jadi macam tu apa yang anda buat? load balik blog itu. Betul ke buat macam tu? Dah la line slow, lepas tu 'pi' refresh balik. kan dah jadi dua kali kerja. Silap-silap lepas refresh pun tak 'keluaq-keluaq' juga.

Sebenarnya tak perlulah anda refresh balik keseluruhan blog terebut. Buat sahaja macam kat bawah ni.

Print screen reload frame dengan menggunakan browser Firefox

Pergi pada widget yang tak habis di reload itu, maksudnya pergi pada shoutbox yang tak keluar tu, lepas tu klik kanan dan cari perkataan 'reload frame'. Bagi yang guna browser Firefox, anda perlu klik kanan dan cari perkataan 'this frame', dalam tu nanti anda akan jumpa pula perkataan 'reload frame'. dah jumpa tu klik la ayat tu. Nanti kita akan refresh pada widget yang tak keluar tu sahaja bukannya keseluruhan blog.

Widget kembali terpapar

Mudah sikit kerja kita begitukan. Bagi yang dah tahu tu mungkin anggap ntah apa-apa punya perkongsian ni. Tapi bagi yang tak tahu, rasanya ini sesuatu yang sangat berguna untuk anda.

Harapnya lepas ini ia akan melancarkan lagi sesi blogwalking para blogger. Sila klik button share pada bahagian atas sebelah kanan entry ini kalau rasa perkongsian ini berguna.

Terima kasih kerana membaca...

Ulasan

  1. ehem thanks belalang..banyak yg mama dpt dari entry belalang ni..blog mama pun bermasalah aritu..hu2x..

    BalasPadam
  2. Oh begitu rupanya. Thanks BHP kongsi ilmu ni:)

    BalasPadam
  3. akk dah tak pasang shoutbox sejak ada masaalah hari tu..

    BalasPadam
  4. selalu buat cam tu..
    kalau relod full lambat.. :)

    BalasPadam
  5. terima kasih berkongsi ilmu.......

    BalasPadam
  6. Terima kasih atas perkongsian.
    Jom tukar link.

    BalasPadam
  7. Terima kasih share info... Hmmmm actually leeza un jenis yg terjah entri baharu dlm bloglist...

    BalasPadam
  8. wahhhh rajin wat tutorial. rindu kat belalang ni.... semoga dapat menjadi blogger tegar.... ;)

    BalasPadam
  9. selamat kembali menjadi blogger tegar semula hihihi

    BalasPadam
  10. akak belum sampai lagi tahap blogwalking melampaui sempadan ni..setakat ni bw kat blog yang ada kat bloglist ja..jadi belum boleh lagi pasang shoutbox.kadang2 langsung tak bw..heheh...

    bila entah nak jadi tegar semula nih...:p

    BalasPadam
  11. nice sharing.. btul jgak kn mmg sesuai guna reload frame.. klau refresh byk kali pun blom tentu kuar elok, huh..

    *sjak bz dgn keje sy bW ikut sempat jaa, bro.. so sori, huh...

    BalasPadam
  12. hehee jom BW macam dulu balik, tapi tulah aku malas le plak nak letak shoutbox..

    BalasPadam

Catat Ulasan