Review Santai | Istanbul Aku Datang

Hari tu Belalang berkesempatan tonton filem Istanbul Aku Datang lakonan Lisa Surihani, Tomok dan Beto. Tengok di saluran Astro Fisrt di rumah kakak. Banyak juga filem-filem yang Belalang tontoton di sini. Tengok la kalau rajin nanti Belalang kongsikan filem apa lagi yang dah tonton.

Review pasal filem ni dah banyak blog yang buat. Cuma saja Belalang nak beri review Belalang sendiri. Ala, review umum ja. Tak detail sangat. Nak yang detail, pergi cari di blog lain. Boleh ke? Bolehkan, bolehkan :P


Bagi Belalang filem ni comel juga jalan ceritanya. Lisa yang berlakon watak yang agak lurus dan senang kena main-main dengan Tomok. Ada ke ada satu part tu Lisa ajak Tomok dating, Tomok boleh beri alasan "Tiba-tiba ada assignment!"... hahaha memang tak boleh belah alasan tu. Yang best tu Lisa percaya pula!

Cerita ni ada ciri-ciri comel macam siri-siri Lizzie McGuire lakonan Hilary Duff. Belalang time muda-muda remaja dulu layan juga siri ni (sebenarnya nak tengok Hilary Duff). Jadi terasa macam ada aura-aura siri tu dalam siri Istanbul Aku Datang.

Setiap filem yang terhasil, tentu ada kontroversinya dan filem ini juga tak terlepas dari menjadi bualan negetif penonton filem. Cari sendiri la ye apa negatifnya.

Jadi kalau anda terasa nak lepak-lepak dan layan filem dengan pasangan, pergi cari DVD cerita ini. Tentu lepas habis tonton filem ini, anda dan pasangan akan merasa diri  bertambah comel... Ngee...

Terima kasih kerana membaca...

Ulasan

  1. dkna tak tengok citer ni,,,tunggu tayang kt astro 1st :)

    BalasPadam
  2. hhahahaha , citew nih memg comel , CP pown ade bwt review pasal nih , tapi lebih kepada negatif la :)

    BalasPadam
  3. huhuhu tu r bro...dlm dunia ni...tiap perkara ada baik n buruknya..terutama lg bab hiburan camni hihihi...apa yang pnting penerimaan masing2 kan~ wuah!!! betulkah bro..kalo tngok bertambah kiut? hahaha...komfirm tngok~

    BalasPadam

Catat Ulasan