Lebih Mudah Membawa Data Penting Dengan SkyDrive

Seperti yang dijanjikan, Belalang akan kongsikan beberapa perkara yang dipelajari ketika berkursus baru-baru ini. Rasanya ia berguna kepada blogger atau kepada sesiapa sahaja yang sering online untuk membuat kerja.

Kita biasanya menggunakan thumb drive untuk menyimpan data-data supaya mudah untuk di bawa ke mana-mana. Saiz storannya pula bergantung. Tapi bagi Belalang kalau dapat yang 4GB ke atas pun dah ok untuk sekadar menyimpan file format word, excell atau PDF.

Pernah tak terjadi thumb drive tiba-tiba corrupted dan segala data dalam tu tak boleh dibuka sebab terpaksa format balik? Atau ketika hadiri sesuatu mesyuarat yang penting, sampai masa untuk presentation baru perasan yang data tak bawa sebab lupa bawa thumb drive.

Pernahkan? pernahkan? Belalang yakin pernah sebab Belalang sendiri pun memang pernah hadapi perkara di atas... hehehe


Mungkin selepas ini anda boleh cuba menyimpan data-data anda di SkyDrive dari Outlook.com. Selain mudah untuk anda menyimpan dan membawa dokumen-dokumen penting, apa yang menariknya SkyDrive membolehkan anda menyimpan data-data sehingga 7GB! wah, sangat-sangat ok la kan.

Tapi sebelum itu anda perlulah membuat account email dengan outlook.com (klik sini). Langkah mudah sahaja seperti nak signup account baru Facebook, Google dan lain-lain.
 
klik untuk view lebih jelas

Dua icon dalam petak merah tu paling best! klik untuk view lebih jelas

klik untuk view lebih jelas

Bagaimana dengan tahap security atau seberapa selamat data anda?

Outlook.com bukanlah syarikat kecil. Ia juga sebaris dengan syarikat-syarikat gergasi lain seperti Google dan Yahoo! jadi soal seselamat mana data-data yang disimpan rasanya tak menjadi persoalan.

Calender outlook. klik untuk view lebih jelas

Selain SkyDrive, satu lagi yang menarik adalah calendar Outlook ini. Senang untuk anda tulis perkara-perkara penting seperti tarikh meeting dan lain-lain.

Esok Belalang akan kongsikan satu lagi tempat untuk menyimpan data yang tak kurang besarnya seperti SkyDrive.

Terima kasih kerana membaca...

Ulasan

  1. fuhhh kak ida nak kena banyak belajaq lagi ni ttg selok belok dunia IT ni.. almaklumlah kak ida rabun It hehehe

    BalasPadam
  2. rasa mcm x brapa selesa bila bole simpan data2 cmtu.. rasa mcm bila2 masa saja org2 tertentu bole view & copy data2 kita, huh...

    BalasPadam
  3. Simpan dlm google doc je atau emel je!

    BalasPadam
  4. nak kena godek2 dulu nih..tak berapa paham..:p

    BalasPadam
  5. thanks for info......nak kena faham betul2.... selalu guna pendrive jer...tak pun usung jer harddisk...he3

    BalasPadam

Catat Ulasan