Datang Lagi Selepas Itu

Bulan sudah Belalang hanya berjaya update satu entry pada blog ini. Oh my english betul. Tak pasti la apa yang jadi pada Belalang di 29 hari lagi pada bulan November tersebut.

Tapi anda semua jangan risau kerana Belalang telah memasang tekad untuk menjaga blog ini sebaik mungkin selepas ini. Tak ku biarkan ia bersawang dan berhabuk lagi.

Suka tak? suka tak? kalau suka sila buat lompat bintang sebanyak 5 kali.... Bagus, sememangnya anda semua betul-betul mendengar arahan... Hahaha

Sebelum itu Belalang nak ucapkan terima kasih pada yang sudi dan telah wish birthday Belalang yang ke _______ (isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai) di FB pada 30 November yang lalu. Belalang hargai semua ucapan kawan-kawan.


Sebenarnya Belalang baru sahaja berjaya menghabiskan "Kursus Pemasaran Melalui Media Baru / Social Media" anjuran MARA negeri Kedah di Kulim Inn. Kursus ini telah bermula pada 3 Dis hingga 6 Dis, tengahari tadi.

Apa yang boleh Belalang simpulkan, terlalu banyak ilmu-ilmu yang telah diturunkan oleh tiga penceramah yang telah dilantik oleh pihak MARA empat hari tersebut. Walaupun sebahagian besar module itu telah Belalang ketahui seperti membuat blog, buat akaun FB dan fanpages, namun ada juga beberapa perkara baru yang telah Belalang timba di sini.

Entry-entry yang akan datang nanti akan Belalang kongsikan beberapa perkara yang Belalang pelajari di sini yang pada pendapat Belalang sangat berguna kepada anda semua.

Harap-harap anda tak terlepas untuk membacanya nanti.

Terima kasih

Ulasan

  1. assalam belalang..wah dah selesai kursus..untung dpt sertainya & mesti byk yg dipelajari..thanks sudi utk berkongsi, terutamanya buat mama yg buta IT ni sikit.. ;)

    BalasPadam
  2. Lima ja tak cukup belalang.. Biasa buat 100 kali lompat bintang.. Perghhh hebatzz

    Selamat hari lahir belalang..

    Juga teruja nak tahu intipati kursus tu seterusnya

    BalasPadam
  3. bulan ni je akak dah 4,5 kali berazam nak update blog dengan rajin..muahahahh

    BalasPadam
  4. Semangat baru !!!!!!!hehehehh
    Header pun baru....
    Cayok!!!

    BalasPadam
  5. wahahahahahaha...tengah lompat bintang!bila leh berhenti ni??huhuhu

    BalasPadam
  6. assalam...moga trus maju dan dapat manafaatkan apa yg dipelajari...:)

    BalasPadam
  7. Dah selamat buat lompat bintang 5x.. Pheww~ Hehe gurau je

    BalasPadam
  8. teringat lirik lagu MARA yang lama,

    "MARA akan sentiasa
    memberi segala dorongan..."

    BalasPadam

Catat Ulasan