Dah Lulus Menirap!
Fuh! penat betul mengasuh budak kecil ni sejak dua menjak ni. Al-maklumlah orang baru pandai menirap dan dah pandai kedepan, agak kita terlupa sikit dekat dia, tengok-tengok dah jauh dari kita. Pula tu tangan cepat betul nak capai benda.
Ni satu lagi hal, baru-baru ni Belalang dan Mrs.Belalang perasan bahagian bawah gusi baby dah nak tumbuh gigi. Wah, lima bulan dan start tumbuh gigi? Patut la kerja nak gigit benda aja.
Yang part last ni paling tension. Entah apa kena tak tahu, sejak akhir-akhir ini baby kurang minum susu. Tak seperti selalu. Kadang-kadang sayang tengok susu penuh lagi dalam botol tapi dia dah tak nak minum.
Tapi Belalang dan Mrs.Belalang tetap pastikan dia makan juga. Agak nampak mood dia ok, pelan-pelan Belalang sumbat botol dalam mulut dia. Kadang-kadang habis juga.
Ni baru pandai menirap. Tunggu masa dia boleh merangkak dan berjalan nanti, waktu tu mesti lagi tak menang tangan.
Ada sesiapa yang sukarela nak jadi pengasuh tak? Nak bagi jaga ni... huhuhu
Terima kasih kerana membaca
assalam..ehem..cepatnya tumbuh gigi..jgn bila lambat buatkan susu dia gigit tgn mama dia sudah.. ;)..kalau mama sihat bolih tolong jagakan..hu2x..
BalasPadamkalau rumah kita dekat2, dah lama belalang pos soh mama jaga.lagi pun ritu tgk dia ngan mama macam ok jer :)
Padamtime dia boleh bejalan nanti memang jenuh kepong la
BalasPadamhahaha
kena susun trategi dari skrg ni kan... kena pikir mcm mn nak buat benteng kasi x leh tembus... huhuhu
Padammesti leh tembus punya
Padamx pa... guna formation 4-4-2...defend dan menyerang (tiba2)
Padamhahaha
hihi...comelll je dia..nti dah boleh jalan jenuh nak kejar..bila pandai ckp nti tak berhenti tanya plak.. kena sedia jawapan2 bernas..hehe..
BalasPadambudak2....cute:)
a ah... macam anak first ni belalang Jr. punya la bnyk ckp smpi berbuih mulut nak layan soklan2 dia XD
Padamwahhhh... lepas ni abis dia explore satu rumah...
BalasPadamsampai explore sambil semakkan rumah...kuikuikui
PadamBila dia dah pandai guna tangan nanti yg paling best...tak menang tangan, habis dinding rumah dijadikan galeri seni lukis...hihihi..
BalasPadamhah, itu yang paling tak gemar tu :P
Padamtu kalau nak mandi tu jenuh la..
BalasPadammacam berperang..hahah
takut dia melonjak tu je..
dulu mrs.belalang kasi mandi sorg2 je...
Padamskrg ni belalang kena tlg skali sebab dia x reti dok diam2..
dah la badan lincin
eik..muka boboi mmg tekejut giler tu..aha..dah nk pndai jln nnti lg la tekejar2..aha
BalasPadamyang sebetoinya baby tu gegurl... belalang salah letak boboi pulak... agagaga
Padamhahaha...ttgu dia berlari..jaga kao!
BalasPadammencungap nak kejar tu!
PadamCepat lah berjalan pulak. Hehee.
BalasPadamklu boleh mmg nak dia cepat2 leh jalan... tapi kena tahan la dgn karenah dia nanti :)
PadamWah, comelnyaa baby :D
BalasPadamtima kasih... :)
Padammaybe sbb dia nak tumbuh gigi kot dia krg minum susu.. sbb lala dulu nak tumbuh gigi pun mcm tu jugak ragamnya.
BalasPadammungkin jugak kan... harap2 x lama la dia mogok x minum susu nih :)
Padamwaaa.. dh tumbuh gigi juga.
BalasPadamyup...pas nih abis dia gigit :P
Padam