Asyik-asyik Hilang Seluar!

Belalang Jr. sorang ni, makin besar makin menjadi-jadi perangai. Sejak dah dapat adik ni, dah pandai buat sendiri kerja-kerja dia. baguslah, nampak juga ciri-ciri seorang kakak.

Percakapan pun dah ok. Sangat-sangat ok. Sampai tak terlayan pertanyaan-pertanyaan dia. Ada saja yang dia nak cakap. Tak peduli langsung orang tengah sibuk ke, bagi adik tidur ke apa.Yang dia tau cakap cakap cakap sampai pening kepala ni. Tapi bila dia tiada contoh balik kampung, sunyi juga rasanya.

Budak banyak cakap yang akan posing bila kata nak tangkap gambar

Tapi satu perangai dia yang paling tak tahan sekarang ni, suka main air! Setengah jam sekali hilang. Cari-cari tengok dah bogel ada dalam bilik air. Ada saja alasan dia. Nak kencing la, nak berak la. Bila tak bagi mula buat perangai.

Belalang Jr. biasanya hanya pakai pampers waktu malam. Siang-siang macam ni Belalang jarang beri pakai sebab kalau pakai pun tak lama. Kejap lagi dah buang lepas tu main air. Kadang-kadang sayang tengok pampers tu elok lagi tapi dia dah buang dalam plastik sampah.

Konon comei la tu...

Bila dah kerap main air, seluar pun kejap-kejap hilang. Dah la dia perempuan, suka hati saja melepak tengok TV dengan bulat macam tu. Sekali Belalang 'hangin' pegang rotan, baru la mencicit lari cari seluar. Haish!

Harapnya makin besar nanti makin hilang la hobi main air dia tu. Bukannya apa, selalu main air memang tak elok untuk budak-budak besar dia ni kan. Haih Belalang Jr, Belalang Jr...

Terima kasih kerana membaca...

Ulasan

  1. hahaha
    biasa la budak2
    air mmg sonok utk dimain :)

    BalasPadam
  2. mujur maisara dulu tak suka main air...dia memang tak suka main2 kat dapur dan bilik air sebab takut kalau2 ada lipas..heheh

    BalasPadam
  3. Budak2 memang paling suka dgn air. Mak ayah kenalah pantau selalu utk keselamatan mereka.

    BalasPadam
  4. kena bagi perhatian lebih bila kakak main air. bnyk berlaku budak lemas dlm bilik air..

    BalasPadam
  5. hahaha dah besar da anak buah aku nih, 1st time tengok aku dulu meraung tak ingt dunia wakakakakaka

    BalasPadam

Catat Ulasan