Resepi Istimewa Hari Ini

Hari Sabtu yang indah. Sejuk dan nyaman hari ini kan? rasanya kebanyakkan tempat di bumi bertuah Malaysia ini dibasahi hujan pagi tadi. Alhamdulillah, hujan rezeki tu :)

Belalang hari ini keseorangan setelah menghantar Mrs.Belalang, Belalang Jr. dan baby pulang ke kampung Baling. Bosan juga bila tinggal sorang-sorang. Mujurlah ada anak saudara Belalang seorang tinggal bersama. Boleh juga la buat teman berbual.


Tadi ada baca satu berita tentang seorang pekerja temui pisau lipat dalam sambal tumis di kantin kilangnya. Nak baca klik sini.

Belalang pernah bekerja di kantin juga satu masa dahulu. Kantin kepunyaan makcik. Biasanya bahan-bahan yang nak dimasak dipotong gunakan pisau-pisau khas. Tak pernah pula la Belalang lihat orang masak guna pisau lipat. Memang hairan bin ajaib kes ini.

Adakah ada pekerja yang cuba sabotaj pemilik kantin tersebut atau sememangnya pemilik kantin tersebut mengambil ringan tentang aspek kebersihan?

Apa yang menarik dalam berita tersebut, menurut si pengadu, pekerja kantin tersebut hanya buangkan pisau lipat kemudian jual balik sambal tumis tu. Nampak benar tak jaga kebersihan.

Jadi kepada peniaga-peniaga makanan, Belalang sebagai pengguna merayu supaya anda semua menitik beratkan kebersihan ye. Anggaplah orang yang datang makan tu adalah saudara anda sendiri, jadi tentulah anda tidak masak dengan sambil lewa kan?

Terima kasih kerana membaca...

Ulasan

  1. ishhhh nasib baik x tertelan pisau lipat tu bahaya btul

    BalasPadam
  2. maybe pisau tu termask kt lauk tu mase diorg nk bling ke tmpt lain kot. haha

    tp seyes bahagia. dah la berkarat. mendatangkan penyakit tu.. n slmt xde org termkn. hihuu

    BalasPadam
  3. macam dah berkarat je pisau tu..hu2x..blh mendatangkan bahaya kpd org lain..
    tak bertanggung jawab betul pengusaha kantin tu..buat report je..


    ** apasal belalang tak balik `baling` dgn jr & mrs.& baby sekali?.. :)

    BalasPadam
  4. nak bunuh orang ke apa?

    karat tu bagi kesan pada kesihatan tak kira jangka panjang atau pendek.

    karat hati boleh dikikis, ditarbiah.
    karat perut, ajal menanti.

    BalasPadam
  5. klu ada kt Baling boleh p autoshow sy esok kt baling..dewan tun abdul razak

    BalasPadam
  6. assalamualaikum En.Bell.....menakutkan kalau tergigit kan naya jer.....

    BalasPadam
  7. Bahaya tu..macam mana boleh ada pisau lipat ya, kalau rambut ke logik lah jugak!

    BalasPadam
  8. Aku pernah jumpa lipas..batu....lalat...hehehe.
    Ingatkan bro nak ajau memasak...hehe

    BalasPadam
  9. uiksss pisau lipat dlm lauk.camner la leh termasuk tu ye.nampak mcm berkarat je pisaunya.bahaya2.

    BalasPadam
  10. Erghhh..pisau lipat berkarat tuh!! Isk..boleh mati org camghinik kalo tertelan

    BalasPadam

Catat Ulasan