Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel resepi masakan

Sedapnya Karipap Roti Gardenia Mrs.Belalang

Imej
Semalam Mrs .Belalang  telah sediakan karipap roti gardenia kepada Belalang dan anak-anak. Sebelum ini pun Mrs.Belalang pernah buat beberapa kali. Biasanya Mrs.Belalang akan sediakan menu ini sekiranya roti gardenia yang ada masih tak luak atau dah hampir dengan tarikh luput. Kebetulan semalam sewaktu Mrs.Belalang sedang sediakannya, Belalang ada sekali di dapur. Alang-alang dah kembali aktif berblog, Belalang pun tangkap gambar dari mula Mrs.Belalang sediakannya sampai siap. Bahan-bahan karipap roti gardenia - Roti gardenia - Inti terpulang pada citarasa anda samada ubi, sardin, telur atau apa-apa inti yang anda suka. - Acuan karipap, jika tiada guna cawan pun boleh Cara buat rujuk pada gambar. Gambar satu dan dua, sediakan roti. Jika perlu dileperkan pun boleh. Gambar tiga dan empat letakkan inti. Semalam Mrs.Belalang buat inti ayam. Gambar nombor lima gunakan acuan karipap dan kepit roti bersama inti tadi. Gambar nombor enam ...

Resepi Istimewa Hari Ini

Imej
Hari Sabtu yang indah. Sejuk dan nyaman hari ini kan? rasanya kebanyakkan tempat di bumi bertuah Malaysia ini dibasahi hujan pagi tadi. Alhamdulillah, hujan rezeki tu :) Belalang hari ini keseorangan setelah menghantar Mrs.Belalang, Belalang Jr. dan baby pulang ke kampung Baling. Bosan juga bila tinggal sorang-sorang. Mujurlah ada anak saudara Belalang seorang tinggal bersama. Boleh juga la buat teman berbual. Tadi ada baca satu berita tentang seorang pekerja temui pisau lipat dalam sambal tumis di kantin kilangnya. Nak baca klik sini . Belalang pernah bekerja di kantin juga satu masa dahulu. Kantin kepunyaan makcik. Biasanya bahan-bahan yang nak dimasak dipotong gunakan pisau-pisau khas. Tak pernah pula la Belalang lihat orang masak guna pisau lipat. Memang hairan bin ajaib kes ini. Adakah ada pekerja yang cuba sabotaj pemilik kantin tersebut atau sememangnya pemilik kantin tersebut mengambil ringan tentang aspek kebersihan? Apa yang menarik dalam berita tersebut, menurut s...