Kerja Dihari Raya Kedua

Mrs.Belalang bersama Ayah dan adik-adik

Orang masih mood cuti raya tapi Belalang dan Mrs.Belalang dah nak kena buka kedai berniaga pada malam ini. Alangkah sedihnya. Apa mahu buat, kedai barangan pengantin macam Belalang ni waktu-waktu beginilah yang paling diperlukan orang.

Sekarang Belalang masih lagi Di Baling. Sekejap lagi cadangnya nak beraya ke rumah saudara-mara yang ada berhampiran sini. Petang sedikit baru bertolak balik ke Kulim. Singgah sebentar ke Padang Serai untuk beraya dengan nenekda tercinta.

Esok masih belum pasti nak kemana sebab kedai dah mula beroperasi satu hari. Nanti-nanti Belalang update lagi apa aktiviti esok.

Terima kasih kerana membaca...

Ulasan

  1. assalam..ehem kalau bisnes camni hari raya terpaksa dikorbankan..hu2x..sian mrs..masih dlm pantang kan?..

    BalasPadam
  2. Salam... Tak pe la terpaksa kerja huhuhu... Memang berat kan rasa hati tu...

    Selamat hari raya... Maaf zahir dan batin...

    BalasPadam

Catat Ulasan