Tragedi 13 Mei 1969 | Apa Yang Terjadi Pada 13 Mei?

13 Mei satu tarikh yang sering disebut oleh media tak kira elektronik mahu pun akhbar-akhbar tempatan. sering juga kita terbaca atau dengar orang berpesan jangan ulangi sejarah 13 Mei.

Setiap tahun pada 13 Mei, sememangnya akan ada orang yang bercakap tentang tarikh ini. Apa yang berlaku pada 13 Mei 1969? Setelah 43 tahun peristiwa itu berlaku, ia masih disebut hingga ke hari ini. Teruk sangatkah 13 Mei?




Sebagai warganegara yang lahir selepas 13 Mei 1969, jujur cakap Belalang memang tidak tahu dan tiada pengalaman tentang apa yang berlaku pada hal yang berlaku 43 tahun yang lalu.

Namun, daripada apa yang Belalang baca dan dengar daripada mereka-mereka yang melalui zaman itu, tragedi tersebut benar-benar memberi kesan mendalam pada bumi bertuah Malaysia ini. Mama Belalang sendiri ada menceritakan pengalamannya pada waktu itu.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Pengajaran dari hal tersebut patut kita ambil dan jangan sesekali ulangi kesilapan yang sama. Keharmonian dan sifat menghormati sesama kaum perlu kita pertahankan.

Sempena dengan tarikh 13 Mei hari ini, Belalang ingin kongsikan satu pautan pengalaman seseorang yang melalui tragedi 13 Mei. Cukup menarik cara pengisahan yang ditulis oleh blogger ini.

Klik pada pautan di bawah-


Selamat membaca dan menghayati kisah 13 Mei :)

** Adakah anda juga punyai pengalaman 13 Mei 1969?

Ulasan

  1. tahun 1969?? Hurmmmm..mak masih belum bernyawa lg masa nih

    Tp sgt2 mendoakan agar peristiwa berdarah ini tidak berlaku lg dlm negara kita ni

    BalasPadam
  2. klu boleh jgn di ulang lagi kejadian mcm ni

    BalasPadam
  3. assalam belalang..maaf ya baru arini mama terjenguk kat sini..mama down lepas majlis aritu..walaupun sedikit sedih belalang & mrs tak dpt hadir..insyaallah kita berjumpa suatu hari nanti..masa peristiwa ni mama masih kanak2..hu2x..tak ingat pun peristiwa ni..

    ** rain, cci & mak lagenda datang tau..takde rezeki belalang nak jumpa diaorg kat majlis mama kan..

    BalasPadam

Catat Ulasan