Khamis, 17 Mei 2012

Nyonya Tua Pada Pukul 3 Pagi

Gambar hiasan. Carian Google

"Kawasan ni kalau hang mai pukul 12 tengah malam, hang boleh jumpa sorang orang tua dok jalan sorang-sorang. Orang tua tu penjaga kawasan ni"

Kata-kata seorang kawan baik Belalang ketika zaman sekolah dahulu. Kisah itu telah diceritakan oleh sahabat Belalang hampir berbelas tahun lalu. Hingga ke hari ini setiap kali melalui kawasan perumahan yang diceritakan oleh sahabat Belalang tersebut, otak Belalang akan kembali berputar teringat pada kisah itu.

Bukanlah takut atau apa, cuma terfikir juga benarkah apa yang diceritakan oleh kawan Belalang tentang hal itu? Atau hanya sengaja diada-adakan untuk menakutkan Belalang?

Ya, itu yang sering Belalang fikirkan. 

"Tipulah cerita tu... aku dok lalu jalan ni puluh-puluh tahun dah, tak pernah jumpa apa-apa pun"...

Ahad yang lepas, Belalang melalui jalan tersebut untuk menghantar kakak dan anak-anaknya pulang ke rumah setelah kami keluar makan malam bersama.

Jam menunjukkan hampir ke pukul 3:40 pagi. Perlahan Belalang memandu dalam kawasan perumahan itu. Biasalah kawasan perumahan, walaupun pagi-pagi hari begini tiada orang yang akan melintas, namun jangan dilupa pada haiwan peliharaan seperti kucing atau anjing yan suka tidur di tengah jalan. Disebabkan itu Belalang lebih selesa memandu dengan perlahan dan berhati-hati.

Tiba di hadapan deretan kedai, disitulah kawasan yang pernah diceritakan oleh sahabat Belalang tentang orang tua penjaga kawasan itu. tanpa memikirkan apa-apa Belalang terus membelok ke kanan, semakin hampir ke deretan kedai tersebut.

Dari jauh Belalang terperasan seorang perempuan cina tua sedang terbongkok-bongkok berjalan perlahan-lahan sambil membawa sebungkus beg plastik bewarna hitam. Semakin lama semakin hampir kenderaan Belalang dengan nyonya tua itu.

Kini Belalang berada betul-betul di sebelah nyonya tua yang Belalang anggarkan umur sekitar 80-an. Tiba-tiba Belalang terfikir...

"Eh, pukul 3 pagi macam ni apa yang nyonya tua ini buat berjalan seorang diri?"

Belalang memperlahankan kereta Belalang sehingga hampir terhenti. Nyonya tersebut berjalan seolah-olah macam tak perasan langsung pada kereta Belalang. Segera Belalang menunjukkan nyonya tua itu kepada Mrs.Belalang dan kakak Belalang.

Namun, Malangnya mereka tidak sempat untuk melihat nyonya tua tersebut. Hanya Belalang seorang dan seorang anak saudara yang sempat melihat nyonya itu.

Melalui cermin pandang belakang, Belalang dapat melihat nyonya itu semakin jauh berjalan meninggalkan kereta Belalang. Tak puas hati punya pasal, selepas turunkan Kakak dan anak-anak saudara, segera Belalang lalui jalan itu untuk mencari nyonya tersebut.

Malangnya Belalang tak berjaya berjumpa dengan nyonya tua itu. Hingga hari ini Belalang masih berfikir apa yang nyonya itu buat jalan pada waktu tersebut. Kalau dikatakan dia sedang mencari-cari sampah untuk dijual, memang tak logik kerana tiada kawasan pembuangan sampah sekitar itu.

Atau adakah nyonya itu mempunyai kaitan dengan orang tua yang pernah diceritakan kawan Belalang itu?

Terima kasih kerana membaca...

12 ulasan:

  1. misteri tu belalang...
    biasalah, dalam dunia ini bukan kita sahaja yg ada bukan?
    selagi mrk x kacau kita dan kita x kacau mereka.. ok lah kan/.. :)

    BalasPadam
  2. jgn biar hidup bro diselubungi misteri.. sila trus siasat ok ^^

    BalasPadam
  3. assalam belalang..bila dah sihat ni mama sibuk kemas rumah yg bersepah ni ha..tu yg sering lewat lawat belalang..hu2x..ehem..dia nampakkan diri takpe..jangan dia buat kacau duduk atas keta sudah !!!..eloklah belalang je yg nampak..kan mrs.belalang tgh preg.tak elok dia nampak nenek tu..wah beraninya belalang ni..

    BalasPadam
  4. erkkkkk...........takpe kalau dia tak kacau, kalau dia kacau... ha.. kacau lah jadinya nanti...

    BalasPadam
  5. aiseymen suspennn betul baca ni ... hehe

    BalasPadam
  6. misteri tu sebab sejak zaman belalang sekolah lagi dia dah ada..
    menakutkan...

    BalasPadam
  7. Huaaaaaa..serammmm!! Berani plak belalang melalui jln tu meskipun tahu dah kisah tu yeh?

    Kira2 dah lama la jgk kisah tu yek belalang..citer dr zaman sklh hinggala skrg, nyonya tu masih ada lg..

    Mgkin nyonya tu benar2 org.wlupun kat situ xada tmpat pembuangan sampah, tp mgkin dia 'kurang sihat' atau nyanyuk..

    BalasPadam
  8. bearni pulak belalang turun dan pergi carik... adoi saya yg terlebih takut ni

    BalasPadam
  9. nenel tu bersiar2 la tuh. siang dia tdo. mlm dia berjaga. mcm sesetengah budak universiti. hehehe...

    BalasPadam
  10. selalu jenguk entri-entri belalang ni tengah malam. dari tajuk entri ni dah dapat agak ghost story so hari ini jam 12:20PM baru baca haha..

    seram weeeiiii kalu duk sorang-sorang baca/layan cerita atau movie hantu.

    takuuuuutt

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pautan Artikel Menarik