Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel misteri

Misteri Jalan Bukit Lengkok | Kulim- Bukit Mertajam

Imej
Bagi yang tinggal di Kulim, Bukit Mertajam dan sekitar sini pasti tidak asing lagi dengan nama jalan Bukit Lengkok . Jalan diantara Sungai Lembu dan Mengkuang ini mendapat nama tersebut disebabkan jalannya yang berbengkang-bengkok, sama seperti jalan lama untuk menaiki ke Cameron Highland. Gambar Hiasan. Carian Google Jalan ini menjadi laluan alternatif penduduk setempat selain dari jalan utama Kulim-Bukit Mertajam . Laluan ini juga sering digunakan oleh orang ramai untuk beriadah ke Empangan Mengkuang (Mengkuang Dam), Maktab Perguruan Tuanku Bainun, Berapit, Permatang Pauh dan Sungai Dua Butterworth selain daripada melalui Butterworth-Kulim ExpressWay (BKE) . selain daripada tidak begitu sesak, jalan ini menjadi pilihan kepada mereka yang sering kali ingin mengelak daripada sekatan jalan raya (road block) daripada anggota polis akibat cukai jalan tamat tempoh (expired road tax) dan lain-lain kesalahan jalan raya. Laluan ini adalah jalan yang sering diguna...

Gambar Penampakkan Kelibat Putih | Seram!

Imej
Baru-baru ini Belalang singgah makan malam di satu kedai makan berhampiran tempat tinggal Belalang, Kulim. Belalang memang biasa dengan kedai ni. Selain selesa, makanan yang dimasak sedap-sedap juga. Dan seperti biasa sementara hidangan yang dipesan sampai, dengan menggunakan telefon bimbit 'cap ayam', Belalang tangkap beberapa keping gambar Belalang Jr. Gambar pertama, ok... Gambar kedua, ok... Namun pada gambar ketiga yang dirakam, Belalang berjaya merakam sesuatu yang aneh di Belakang Belalang Jr. Pelik juga Belalang dengan gambar yang satu ni. Cuba anda lihat, mungkin ada boleh meneka apakah ia. - - - -     Belalang Jr. asyik menonton Majalah 3 Sampai tenganga mulut! Gambar yang menjadi misteri Jika anda berfikir kelibat di belakang itu adalah orang yang sedang berjalan, sememangnya anda dah salah. Memang bukan orang. Lagi pun sekiranya itu orang, mengapa hanya ada bahagian atas? mana kakinya? Misteri tak? jangan takut-t...

Nyonya Tua Pada Pukul 3 Pagi

Imej
Gambar hiasan. Carian Google "Kawasan ni kalau hang mai pukul 12 tengah malam, hang boleh jumpa sorang orang tua dok jalan sorang-sorang. Orang tua tu penjaga kawasan ni" Kata-kata seorang kawan baik Belalang ketika zaman sekolah dahulu. Kisah itu telah diceritakan oleh sahabat Belalang hampir berbelas tahun lalu. Hingga ke hari ini setiap kali melalui kawasan perumahan yang diceritakan oleh sahabat Belalang tersebut, otak Belalang akan kembali berputar teringat pada kisah itu. Bukanlah takut atau apa, cuma terfikir juga benarkah apa yang diceritakan oleh kawan Belalang tentang hal itu? Atau hanya sengaja diada-adakan untuk menakutkan Belalang? Ya, itu yang sering Belalang fikirkan.  "Tipulah cerita tu... aku dok lalu jalan ni puluh-puluh tahun dah, tak pernah jumpa apa-apa pun"... Ahad yang lepas, Belalang melalui jalan tersebut untuk menghantar kakak dan anak-anaknya pulang ke rumah setelah kami keluar makan malam bersama. Jam menunjukkan hampir ke pukul 3:...