Khamis, 3 Mei 2012

Catatan Perjalanan Ke Pantai Merdeka

Rasanya Masih belum terlambat untuk Belalang ucapkan selamat hari pekerja kepada semua pekerja yang bekerja makan gaji, bekerja sendiri, kakitangan kerajaan, pekerja swasta atau apa sahajalah pekerjaan yang anda lakukan yang membantu perkembangan ekonomi negara dan setempat (macam ahli politik pula).

1 Mei sememangnya hari cuti kepada semua pekerja setiap tahun. Dan tahun ini Belalang telah pergi berkelah ke Pantai Merdeka bersama ahli keluarga yang lain. Kali terakhir Belalang berkelah di sana kalau tak silap Belalang tiga tahun sudah, sebelum Belalang Jr. lahir.

Seawal pagi hari lagi Mrs.Belalang sudah bertungkus-lumus menyiapkan juadah-juadah yang akan kami nikmati di tepi pantai nanti.

Antara hidangan yang disediakan oleh Mrs.Belalang

Mrs.Belalang Sedang goreng bihun

Antara hidangan yang Mrs.Belalang sediakan adalah nasi lemak, bihun, ayam goreng, ayam masak merah dan sedikit keropok sayur. Sekitar pukul 10:30 pagi Belalang bertolak keluar dari rumah. Singgah rumah Kakak untuk ambil dia dan anak-anak.


Pemandangan sepanjang perjalanan ke Pantai Merdeka 

Dipendekkan cerita, pukul 12:30 tengahari Belalang tiba di Pantai Merdeka. Seperti diduga sememangnya akan ramai orang pada hari ini. Masing-masing ambil kesempatan bawa ahli keluarga beriadah. Mujur Kakak Belalang yang nombor dua telah berada di Pantai Merdeka sejak semalam. Mereka bermalam di Merdeka Beach Resort, Jadi Belalang pun parking kereta di ruangan parking resort.

Sudah menjadi kebiasaan Belalang sekeluarga, jika berkelah di sini, wajib kami mengorek-ngorek pasir pantai untuk mencari remis. Mesti punyalah. Kami suka berlawan siapa yang dapat kutip paling banyak.





Mama Belalang dan remis yang berjaya dicari




Rupa siput remis


Remis yang berjaya dicari oleh Belalang dalam beberapa minit

Alhamdulillah, banyak juga remis yang berjaya kami cari. Mama Belalanglah yang paling champion dalam cari remis ni. Bila-bila datang pun, Mamalah yang berjaya cari paling banyak.

Dah penat berenang dan bermain air, maka tiba masa untuk menikmati juadah yang disediakan oleh Mrs.Belalang.

Mrs.Belalang sedang agih-agihkan makanan kepada Kakak dan anak saudara Belalang. depan sekali tu Abah Belalang

Habis sudah makan. Dah habis makan buat apa? Sambung main air dan cari remis lagi la. Hehehe

Mandi lagi sampai kulit terbakar... Hahaha

 Hampir ke pukul 4 petang, Belalang bersiap-siap untuk pulang terlebih dahulu meninggalkan Mama, Abah dan kakak Belalang terus mandi-manda.

Walaupun hari sudah lewat petang, kelihatan masih banyak kenderaan yang berbaris untuk masuk ke Pantai Merdeka. Belalang rasa panjang barisan kereta-kereta ini, hampir 2KM.

Dalam perjalanan pulang Belalang sempat singgah ke Taman Jubli di Sungai Petani. Saja bawa Belalang Jr. dan anak-anak saudara Belalang main-main kejap di sini.









Dari Taman Jubli ini, Belalang terus sahaja pulang kerumah. sekitar pukul 6 petang Belalang dan pun selamat tiba di Kulim.

Pantai Merdeka sememangnya lebih cantik dari beberapa puluh tahun dahulu. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di sini boleh dikatakan hampir lengkap, macam-macam ada.

Jadi sekiranya anda merancang untuk bercuti, Pantai Merdeka bolehlah dimasukkan sekali di dalam senarai sebagai salah satu tempat yang perlu anda datang.

Terima kasih kerana membaca.
Sudah baca entry ini:

14 ulasan:

  1. remis ni ikut musim ke??ada pantai kat bagan ajam ni..kadang2 akak pi remis tak de.kadang2 ada..

    BalasPadam
  2. wah... best nyer
    lama lah gamaknya sop kena bercuti main pantai.. :)

    BalasPadam
  3. Seronoknyaaaaa dpt berpicnic dgn family ramai2 begitu ye belalang..:)

    BalasPadam
  4. Assalam..
    Dah lama tak pi situ. Sejak kawin dah tak pernah jejak situ...paling best, pulau sayak..

    BalasPadam
  5. bro, sy dh lama x jalan2 kt pantai merdeka.. taman jubli yg dekat tu pun jarang2 dpt pegi, huh...

    BalasPadam
  6. pantai merdeka ada perhimpunan kelab2 kereta pd hari tu

    BalasPadam
  7. assalam belalang..jeles mama tau !!.. ha2x..kalau kepantai mama berdua je dgn en.papa..kalau sekeluarga ramai2 berkelah kan best mcm keluarga belalang,tentu meriah !!..mama tak pernah sampai lagi kat pantai merdeka ni..bilalah dpt dtg kesana?..he2x..

    BalasPadam
  8. @sis diana-
    entahlah...tapi bila2 dtg pantai merdeka cari ada banyak jer... pantai bersih x pernah try pulak cari :)

    @sop-
    best mmg best... tapi esok tu semua pakat sakit kulit, terbakar berjemur... hahaha

    @mak-
    len kali kita g picnic mcm ni ramai2 mak. mau mau mau ;)

    BalasPadam
  9. @iza-
    pulau sayak pernah pergi sekali mancing kat sana... hehe

    @caliph-
    ha, elok la tu bro pergi jalan2 lawat sana... sekali sekala rest dari pikir pasal kerja :)

    @khairul-
    yup, ada perjumpaan geng persona dengan wira klu x silap. abng ipar pun ada terlibat sama. dia join geng persona tu... ntah2 bro dgn abg ipar kenai pa?

    BalasPadam
  10. @mama aini-
    hai mama! sihat ke? yup, sekali sekala picnic ramai2 mcm ni mmg best... nanti2 mama dtg la jenjalan sini :)

    BalasPadam
  11. kalau mengaku tak pernah pergi pantai merdeka agak-agak belalang sekeh tak? huhuhu

    BalasPadam
  12. @rain-
    cuba tanya org baling depa pernah p air panas legong x?tobat depa cakap x pernah p... org kita ni mmg macam tu, klu tempat tu dok depan mata, xdaknya nak p...luaq pada tempat kita la yg teringin sangat nak p tu...

    huhuhuh

    BalasPadam
  13. salam..

    lama x ke pantai..
    takut laa..stunami..
    Mr Belalang yg mn satu..nk gak tengok gambar tuan tanahnyer..D)))

    BalasPadam
  14. @kejoralove-
    empunya belalang hijau seorang yg pemalu... jd tiada gambar wajahnya di blog ini... huhuhu :)

    BalasPadam

Pautan Artikel Menarik