Khamis, 5 April 2012

Mahu Delete Account FB Arwah

Ingat lagi pada entry Belalang bertajuk 'Gambar FB | Kurangkan Beban Dosa Arwah'? jika belum pernah membaca, sila klik pada tajuk itu untuk membacanya.

Hari ini Belalang terjumpa lagi dengan hal yang hampir sama seperti itu. Dikatakan pemilik FB ini baru sahaja terlibat dalam kemalangan dan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.



Tak lama selepas itu ibu arwah bermimpi yang arwah datang merayu-rayu supaya akaun FB nya ditutup memandangkan terlalu banyak gambarnya yang tidak menutup aurat menjadi tatapan umum.

Link FB arwah juga disertakan supaya mudah kepada sesiapa yang membaca kisah tersebut menekan butang report/block supaya akaun FB arwah akan di delete oleh pihak FB.

Sedih Belalang apabila membaca kisah tersebut. Ajal datang tidak mengira tua atau muda, tidak kira lambat atau cepat. Jika ditakdirkan sekejap lagi ajal datang menjemput kita, maka pergilah kita mengadap-Nya dengan berbekalkan apa yang ada. Kita tidak dapat tangguhkan ia walaupun sesaat.

Cadangan Belalang sekiranya perkara begini berlaku kepada keluarga anda, FB mempunyai application untuk kita melaporkan kematian pemilik akaun. Klik sini untuk ke Report a Deceased Person's Profile

Atau satu lagi cara adalah dengan meminta kawan-kawan dan sesiapa sahaja yang memiliki akaun FB supaya 'report/block' akaun pemilik hingga dipadam oleh pihak FB. Untuk menggunakan cara ini, lebih bagus jika anda meminta bantuan kepada pemilik mana-mana pages di FB yang memiliki like yang banyak supaya kerja ini menjadi lebih cepat dan mudah.

Sekiranya anda yang membaca entry ini seorang pemilik page yang memiliki like yang tinggi. tolong hebahkan di wall FB anda supaya klik 'report/block' pada akaun arwah ----> FB NUR FARRAHIN

Belalang doakan semoga keluarga arwah akan segera dapat memadam akaun FB tersebut.

Al-Fatihah kepada arwah  Nur Farrahin.

2 ulasan:

  1. assalam belalang..Thanks share kisah ni kat entry belalang..semuga masalah ini akan dpt diselesaikan dgn segera..hu2x..Al-Fatihah..

    BalasPadam
  2. dah tak boleh ke fb dia.. dah block rasanya?..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pautan Artikel Menarik