Selasa, 17 April 2012

Akhirnya Mak & Bapa Yang Lebih-lebih

Kereta Belalang yang sakit masih belum dibaiki. Tetapi dah aturkan bila mahu diketuk dan cat semula. Mungkin esok dan harapnya dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.

Lupakan seketika mengenai masalah yang melanda baru-baru ini. Hari ini Belalang dan Mrs.Belalang nak riadah rehatkan diri di rumah.

Pagi Tadi Belalang temankan Mrs.Belalang ke Klinik untuk pemeriksaan kesihatan kandungan. sekarang ni usia kandungan Mrs.Belalang dah nak masuk 7 bulan dah. Selesai urusan di klinik kesihatan, seperti Belalang tulis di atas tadi kami ke bengkel kereta pula.

Dua urusan telah selesai. Kini tiba 1 lagi urusan yang Belum selesai. Sebenarnya sudah beberapa hari Belalang mencari batu-batu sungai. Nak tahu untuk apa? Cuba lihat gambar di bawah ini-

-

-

-

-

-

-

 

Ingat lagi pada entry Belalang mengenai anak kura-kura milik Belalang Jr. yang kami beli dahulu? Entah apa kena, akhir-akhir ini rasa seronok pula membela dua ekor kura-kura ini.

Semuanya berpunca apabila Belalang mencari info-info mengenai kura-kura di internet. Sewaktu Belalang mencari info itu, Belalang terjumpa beberapa gambar bekas atau tempat peliharaan kura-kura yang telah dihias dengan cantik oleh pemilik gambar tersebut. Teruja betul Belalang.


Dan akhirnya tadi Belalang telah menghias akuarium yang menempatkan kura-kura itu dengan batu-batu sungai. Cantik tak? (cakap cantik tau)

Cuma sekarang tengah fikir macam mana nak salin air nanti bila air dah kotor. Al-maklumlah air kura-kura ni cepat kotor. Harapnya dekorasi ini tak menyusahkan Belalang untuk hal-hal itu.

Terima kasih kerana membaca

3 ulasan:

  1. salam..ehem nampaknya belalang & mrs.memang lbh teruja !!..cantik dah hiasan utk rumah ank angkat baru tu..hikk2x..oh kura2 cepat kotorkan air ke?..mama kan bela kucing je..hu2x..

    BalasPadam
  2. bab nk salin ayaq yg paling boring skali

    BalasPadam
  3. selamat sore sahabat,
    sedikit berbagi inspirasi sore ya..

    "ketika waktu sore tiba, jangan menunggu sampai malam. Hiduplah dalam batasan hari ini.
    kerahkan seluruh semangat yang ada untuk menjadi yang lebih baik dari hari kemarin.
    dan Don't forget sobat! bahwa esok belum pasti memnghampiri kita"

    Salam semangat ..^^

    ditunggu kunjungannya ya di http://www.nolimitadventure.com/

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pautan Artikel Menarik