Penampakkan Objek Busuk Di McDonalds Kulim

Ya, kali pertama Belalang bertemu pengalaman begini di restoran makanan segera. Bukan salah pekerja McDonalds (McD) Tersebut tetapi mungkin pelanggan yang masih belum mampu berfikir dengan matang.

Apa yang Belalang merepek ni? sengaja mahu buat anda tertanya-tanya sebentar. Hehehe...

Ok mari Belalang ceritakan perkara ini dari mula sampai habis ya. Sebaik sahaja tamat siaran langsung bola sepak diantara Kedah menentang T-Team semalam, Belalang, Mrs.Belalang dan Belalang Jr. bersiap-siap untuk keluar makan.

Setelah berbincang seketika mahu makan di mana, kami putuskan untuk makan di McD Kulim. Ini kerana kami berdua mahu beri peluang kepada Belalang Jr. untuk bermain-main dalam tempat permainan yang ada di dalam McD. Kami kasihan kepada Belalang Jr. kerana sepanjang hari hanya terperap di kedai bersama-sama kami sedangkan budak-budak lain sebayanya bermain-main di taman atau berlari di padang rumah bersama rakan-rakan.

Dipendekkan cerita setelah mengambil meja berhampiran tempat permainan McD, Belalang pun menuju ke kaunter untuk mengambil pesanan. Sambil-sambil tu mari kita layan gambar kanak-kanak gembira ini bermain di McD-

Seronok Belalang Jr. main di sini

Turun ikut situ, naik pun ikut situ. Macam-macam budak ni

Main lagi. Tak puas lagi...

Kali keberapa Belalang Jr. pusing naik benda ni Belalang pun tak pasti

Ok-ok sambung cerita lagi. Sampai di kaunter pesanan, di hadapan Belalang ada seorang lelaki cina agak lanjut umur dan seorang lagi wanita pertengahan umur. Di kaunter tiada seorang pun pelayan yang mengambil pesanan. Mungkin kekurangan kakitangan maka yang tugas mengambil pesanan pun terpaksa ke belakang untuk meyediakan makanan (hairan?).

Sedang Belalang terkebil-kebil mencari siapa yang bertugas jaga kaunter, Belalang terbau sesuatu yang 'pelik'. Sebenarnya dah hampir seminit Belalang di hadapan kaunter, tapi bau itu seperti baru saja datang menerjah lubang hidung Belalang.

Pusing kiri, pusing kanan, cari punya cari dari manakah datangnya bau meloyakan itu, sekali Belalang terpandang bawah...

Ahah! yang dicari telah ditemui. Di atas lantai ada seketul objek koko dan kelihatan seperti sudah sedikit di pijak orang. Perlukah Belalang perincikan apakah benda itu? Tak payahlah. Nanti hilang pula selera makan malam anda.

Di Belakang Belalang mulai ada pelanggan berbaris. Sepasang remaja melayu lelaki dan seorang pelanggan india kalau tak silap. Mereka juga mulai berbisik-bisik sesama mereka tentang objek 'pelik' dan bau tersebut.

Hampir 5 minit berdiri, barulah pelayan yang menjaga kaunter mengambil pesanan Belalang.

Setelah habis memesan dan membayar, Belalang dekatkan sedikit kepala Belalang kepada remaja wanita yang menjaga kaunter itu. Dengan suara yang tak berapa nak kuat, Belalang memberitahunya...

"Dik, depan kaunter ni ada bendalah... Abang rasa macam t*hi"...

Mendangar apa yang Belalang katakan itu, budak jaga kaunter tu pun terus keluar untuk melihat sendiri. Dan dalam beberapa ketika sahaja, semua staff McD jadi kecoh sedikit, mencari-cari orang untuk bersihkan lantai tersebut.

Selepas itu Belalang terus membawa makanan kepada Mrs.Belalang dan kami duduk menghabiskan makan malam kami.

Tujuan Belalang memberi tahu kepada pekerja McD tersebut adalah kerana Belalang tak mahu ada yang menjadi mangsa terpijak dan mengheret objek 'pelik' itu ke serata McD. Satu lagi yang pasti adalah objek itu bukan milik haiwan tetapi yang pasti ia milik manusia. Anak siapalah yang memerut kat situ.

Apa, teringin nak tengok? Sanggup ke nak tengok? Nanti tak lalu makan, Belalang tak tanggung. Nak tengok sangat, nah ambil ni.

 -

 -

 -

-


Tak perlulah gambar yang jelas. Yang jelas punya nanti termimpi-mimpi pula :)

Hehehe... maaf ye kerana memuat naik gambar yang mengganggu emosi anda di blog ini. Selamat makan malam!

Terima kasih kerana membaca...

Ulasan

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. assalam belalang..selalunya restoren2 `makanan segera` ni sentiasa mop lantai diorg..ehem macammana mereka blh terlepas pandang ek?..ehem agaknya kurang pekerja kot !!..agaknya kanak2 yg tidak memakai pampers atau apa yg menaburkan benda tu..ha2x..ehem semuga MCD kulim ambil pengajaran dari peristiwa ini..

    BalasPadam
  3. pernah terjumpa kes satu pasar raya t+hi tergolek.. pekerja pembesihan terpaksa menahan dgn kotak takut ada yg terpijak.. masalahnya t+hi tu cam org tua punya besar.. bau? nak muntah oo... adoi la..

    BalasPadam
  4. Uih.. saya sebagai seorang "CHEKER" untuk rangkaian McD nie.. memang tak pernah jumpa lagi kes ini.. kalau jumpa pasti lapuran di buat dan tindakan di lakukan serta merta setelah lapuran ini di buat...

    yang utamanya mereka tidak menjaga kebersihan di kuanter dan juga di depan kaunter.. ini apatah lagi menegenai Najis Manusia... memang tidak dapat di maafkan langsung !

    BalasPadam
  5. Mujur jugak belalang amik langkah2 supan dgn memberitahu staffnya tuh. Klu tidak, abis semua org stop makan gamaknya klu menda alah tu bersepah2 dipijak org

    BalasPadam
  6. hurmm.. nasib dah lama makan.. kalo tak kembang tekak ni hah hihi.. adesss

    BalasPadam
  7. alamak.....
    yanuruk kita jangan ikut.... adoi............

    BalasPadam

Catat Ulasan