Lelaki Atau Perempuan?

Hari Isnin yang lalu Mrs.Belalang ke klinik kesihatan Kulim kerana sudah punyai temu janji untuk memeriksa kandungan. Kebiasaannya temu janji di sebelah pagi. Tapi kali ini misi bertugas telah merekodkan supaya datang pukul 2 petang.

Sebenarnya bulan ini usia kandungan Mrs.Belalang dah masuk 5 bulan. Pemeriksaan kali ini selain daripada pemeriksaan biasa seperti tekanan darah, berat badan dan lain-lain lagi, kami juga sudah boleh mengatahui jantina baby kami! wah, part ni yang paling menyeronokkan.

Belalang tidak bersama-sama menemani Mrs.Belalang di klinik. Ini kerana masih ada kerja yang perlu Belalang siapkan. Jadi selepas hantar Mrs.Belalang ke klinik, Belalang terus ke tempat lain dan hanya tunggu SMS dari Mrs.Belalang.

Pukul 4 petang barulah Belalang terima SMS dari Mrs.Belalang yang menyatakan sudah siap semua pemeriksaan. Ketika menaiki kenderaan untuk ke kedai kami, Belalang pun bertanyakanlah keputusan scan jantina baby tadi.

"baby perempuan"...

Muram sedikit air muka Mrs.Belalang kerana sebelum ini kami berdua sangkakan baby boy. Namun begitu Belalang tetap panjatkan kesyukuran kepada-Nya atas kurniaan cahaya mata kedua ini. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.

Tak sabar pula rasanya untuk menanti kelahiran baby kedua ini. Semoga semuanya berjalan dengan baik untuk kami sekeluarga.

Terima kasih kerana membaca...

Ulasan

  1. syukur atas rezki yg Dia kurniakan ^^

    BalasPadam
  2. lelaki atau perempuan, tiada beza,kurniaan Allah yg paling berharga! ada yg tidak bertuah spt Mr Belalang n Mrs Belalang....tiada anak w/p sudah lama berkahwin.

    BalasPadam
  3. salam belalang..ehem dapat baby gurl..syukur alhamdulillah.lepas yg kedua dapatkan yg ketiga.. lelaki pula !!!..ha2x.. jgn putus asa tau..mama ni pulak 1 je anak..hu2x..seb baik ada ank angkat antaranya belalang & mrs.. :)

    BalasPadam
  4. wahhh... tahniah ya, nak dapat baby girl... kakak nanti ada geng... :)

    semoga dipermudahkan waktu nak bersalin nanti... insyaAllah..

    BalasPadam
  5. wah!! Klu mak, mak sukaaaaa gila baby girl. Nak sgt2 tmbh baby girl dlm rumah ni.

    Tp, Lelaki atau perempuan, itu adalah 1 kurniaan. Masih bnyk peluang utk mencuba kan..Yg penting, semuanya dlm keadaan baik dan dipermudahkan urusannya

    BalasPadam
  6. kalau akak suka baby girl..
    sebab boleh beli baju cantik2..heheh..
    lagipun anak perempuan kita boleh kawal sesuka hati..kalau anak lelaki kita kawal je orang mula nak kata kita kongkong anak..
    ekekekek

    BalasPadam
  7. x kisah la bro..boy atau girl..janji sihat walafiat..semuanya dr anugerahNya juga ka ..apa pon tahniah la ..aku ni dh 3 org...cukup lah kot..dh pencen hhhu

    BalasPadam
  8. alhamdulilllah..moga mrs selamat melahirkan zuriat yang bijaksana dan solehah..amin..

    BalasPadam
  9. Taniah Belalang.Lelaki perempuan, rezeki Allah.Ada org tu, sorang pun tak dapat.Salam buat Mrs.belalang ye.

    BalasPadam
  10. bby girl ?
    bestnya , tringin nk adik prmpuan . Hee

    BalasPadam

Catat Ulasan