Akhirnya Belalang Jr. 'Terlupa'

Masih lagi kisah berkaitan dengan Belalang Jr. yang keluar wad. sebenarnya Belalang dan Mrs.Belalang agak risau dengan Belalang Jr. Apa Yang dirisaukan?

Tengok gambar bawah ni-

-

-

-

-

-

-

-














Ya, Belalang Jr. masih lagi tak boleh berenggang dengan putingnya walaupun umur sudah hampir cecah tiga tahun. Naik runsing juga kami berdua fikirkan bagaimana mahu hentikan dia daripada terus ketagih dengan puting.

Kita bukannya sentiasa boleh pantau pergerakkan anak-anak kita. Mungkin ada masanya puting tersebut jatuh atas lantai, tanpa basuh atau apa dia terus saja sumbat ke mulut. Kan ke tak bagus tu.

Tapi mujur la semenjak dia keluar dari wad, sampai ke hari ini dia tak hisap puting lagi. Sememangnya dia cari juga puting dia. Tapi Belalang dan Mrs.Belalang memang tak mahu beri. Biar dia biasa begini dan alhamdulillah nampaknya berjaya.

Lepas ni adik kepada Belalang Jr. pun rasanya nak cuba sedaya upaya untuk tidak ajar beri puting. susah tau kalau anak hisap puting ni. Nak tidur saja cari. Kalau tiada puting, tahan la telinga tu dengar dia jerit sampai pagi... hehehe

Terima kasih kerana membaca...

Ulasan

  1. hee jgn sampai da masuk sekolah still nak isap puting jugak, naya.....

    BalasPadam
  2. maisara dulu pun isap puting sampai umur 3 taHUN.lepas tu tiba2 dia demam sampai sakit mulut.ada ulser kat mulut terus dia tak mau puting lagi...
    payah ada puting ni..nak bejalan kena bawak 3,4 puting sebab takut yang satu tu jatuh kat lantai.tak elok untuk dia.

    BalasPadam
  3. nasib sofea dari kecik tak hisap puting... sebab ramai kata memang susah nak pisahkan bila besar nanti...

    BalasPadam
  4. salam...setiap kejadian ada hikmahnya...itu yang pasti

    BalasPadam
  5. sorry ..lama x mai..sibuk skit

    BalasPadam
  6. memang dah sampai masa tu..kena bentikan hisap puting.anak2 yg hisap puting..susunan giginya lebih menarik..mengikut pengalaman akklaa..

    BalasPadam
  7. kak ida dulu pon samalah.. dilema dgn puting.. last2 letak puting tu madu pastu diorang isap rasa lain lepas tu sampai skrg terus stop haha teknik ajaran mak tam la ni hehe

    BalasPadam
  8. Hikmah disebalik tiap kejadian..belalang jr dah x isap puting pas kuar wad. Hehehe..

    P/s: Along pun isap gak puting time dia baby dlu tp mak buang/pisahkan puting dia time dia dah mula pandai mencari puting tuh

    BalasPadam
  9. belalang anak mama berhenti hisap botol susu masa darjah empat !!!..he2x.. umur 3 tahun jr. dah berhenti isap puting susu kira oklah tu..

    BalasPadam

Catat Ulasan