Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel keluarga

Sakit Kepala Sebab Mengandung?

Imej
Entah mengapa bila malam sahaja, sakit kepala menyerang. Sakit yang teramat sangat. Sampaikan tak boleh lelap mata nak tidur. Err... bukan Belalang yang menghadapi masalah ini, tapi Mrs.Belalang. Simpati juga lihat keadaannya. Nak ambil ubat tak berani, takut pasal dia sedang mengandung. Bagitau doktor yang periksa dia pun, doktor tu tak tahu nak cakap apa. Cuma doktor nasihat jangan tonton tv sebelum tidur. Walaupun dan amal, tapi masih lagi sakit kepala menyerang dia. Jadi Belalang nak minta tolong la pada siapa-siapa yang tahu apa-apa petua untuk hilangkan sakit kepala. Memang orang mengandung macam ni ke? dulu waktu anak pertama tak ada pun masalah macam ni. Harap ada yang sudi kongsikan apa-apa cadangan... Terima kasih kerana membaca

Kuku Ibu Jari Kaki Tercabut

Imej
Ni bukan nak taksir mimpi kuku tercabut, tapi Belalang nak menceritakan nasib yang menimpa Abah Belalang apabila kuku kakinya terkeluar akibat terkena tongkat motosikal. - - - - Keadaan kaki Abah sebelum mendapat rawatan doktor Memang simpati betul Belalang tengok keadaanya. Abah menaiki motor seorang diri membayar bil. Sewaktu mahu pulang ke rumah itulah kakinya tersadung tongkat motor hinggakan terangkat semua kuku ibu jari kaki! Memandangkan kuku kaki Abah tidak tercabut sepenuhnya, Belalang dan Mrs.Belalang terpaksa membawa Abah ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Keadaan di luar klinik Keadaan di dalam klinik Seperti yang kami duga, kuku kaki Abah dicabut terus oleh doktor untuk membolehkan kaki cepat sembuh. Paling tak tahan, kuku kaki Abah ditarik keluar oleh doktor tanpa ubat bius! Dapat bayangkan tak macam mana punya sakit tu :) Kata Mama yang menemani Abah masuk berjumpa doktor, Abah sampai terjerit sewaktu doktor mencabut kuku kakinya. Huih, ngeri... Har...