Langit Nak Runtuh!
Gambar-gambar ini adalah pemandangan disekitar kedai Belalang petang kelmarin. Jarum jam belum pun menunjukkan angka 6 petang, namun cuaca yang gelap seakan-akan sudah lewat 8 malam.
Petir dan guruh jangan cerita, hampir setiap saat paluan demi paluan. Hinggakan terasa macam nak tercabut jantung.
Fenomena yang sudah lama tidak berlaku di sini. Hujan beserta ribut yang sangat kuat. Apakah ia membawa sesuatu petanda?
Membaca berita hari ini, seorang pelajar maut dipanah petir. Manakala 4 termasuk seorang guru cedera disebabkan perkara yang sama. Waktu kejadian adalah sama masa ketika Belalang merakamkan gambar-gambar ini.
Takziah Belalang ucapkan kepada keluarga arwah. Semoga arwah ditempat bersama orang-orang yang soleh.
Terima kasih kerana membaca...




sempat pula belalang amik gambar2 ni... sekai sekala je boleh jumpa keadaan yang macam ni...
BalasPadamhebattttt...
Kuatnya ribut kilat petir tuh yeh?? Kat tempat mak tidak ada plak ujan nih..tp along yg dok kat KL kata,, tiap2 ari ujan.
BalasPadamehem teruk juga cuaca kat sana !!..kat klang ok je..Al-Fatihah..buat arwah2 ..
BalasPadamGambarnya bagus, ko'. Tidak terlihat ada kecemasan di sana.
BalasPadam