Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel terima kasih

Ubat Hanya 'Perantara'

Imej
Demam... Itulah yang telah melanda Belalang sekeluarga. Bermula dari Belalang Jr., kemudian berjangkit pula pada Mrs.Belalang. Akhir sekali barulah sampai kepada Belalang. Demam menyebabkan segala kemahuan hilang. Selera makan hilang, nak bercakap pun malas, apalagi nak update blog ini. Malas-semalas malasnya. Tapi hari ini terasa sudah beransur sihat. Itu yang terus update blog ini. Sewaktu Belalang mengambil ubat untuk menyembuhkan demam, teringat Belalang pada kata-kata seorang sahabat Belalang. Katanya ubat yang kita makan tu hanya 'perantara'. Yang menyembuhkan kita dari sakit bukanlah ubat atau doktor, tapi ALLAH. Allah berfirman dalam surah Ar-Ra'ad (ayat 11): "Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya." Allah tidak menyuruh hambanya hanya sekadar berdoa tanpa berusaha. Sebab itu Allah mengilhamkan ubat kepada manusia supaya kita berusaha untuk sembuh disamping memperbanyakkan doa. ...

Nak Header?

Kata orang selain daripada nama blog yang unik, penuulisan yang baik, header blog yang menarik mampu membuat pembaca mengingati sesebuah blog itu. Bagi Belalang sendiri pula, Belalang memang mudah untuk mengingati sesuatu blog itu jika header dia menarik. Mukadimah di atas itu sebenarnya Belalang nak tujukan kepada header blog Belalang ini. Cantik tak? hehe... mesti la cantik sebab bukan Belalang yang design! Kalau Belalang yang design sure buruk ya amat. Header di atas tu, empunya yang design kepada Belalang tak lain dan bukan si budak pelangi tu la atau dalam nama 'omputihnya' Rainbow Cloudy . Sebenarnya header di blog Suara Bawah Tanah tu pun hasil sentuhan kreatif budak rain (panggilan Belalang pada dia). Pendapat Belalang, budak rain ni memang kreatif. Kalau tak percaya, cuba anda baca setiap entry di blognya. Serius, memang best dan tak bosan. Rain memang menerima tempahan untuk buat header. Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmatnya, sila-sila la hubungi di...