Aiskrim Sumi | Aiskrim Jelly | Mudah Disediakan

viral betul aiskrim sumi/aiskrim jelly baru-baru ini di Facebook. Habis semua suri-suri rumah mahu share resepi atau cara buat aiskrim sumi/aiskrim jelly . Salah seorang yang terkena tempias aiskrim sumi/aiskrim jelly , Mrs.Belalang sendiri. Dia pun kelmarin dah cuba buat beberapa batang aiskrim sumi/aiskrim jelly bukan untuk dijual tetapi untuk kami sekeluarga nikmati. Mrs.Belalang buat lebih dan sedekahkan kepada kakak-kakak Belalang yang tinggal berhampiran Kulim. Jika dilihat pada cara membuatnya sememangnta mudah. Seperti juga membuat aiskrim Malaysia yang lain. Bezanya kali ini dimasukkan sumi atau jelly menjadikan aiskrim sumi/aiskrim jelly nampak menarik. Mrs.Belalang potong jelly memanjang kepada beberapa bahagian, dicampur dengan air susu. Lepas tu masukkan dalam plastik aiskrim Malaysia dan dah pun siap! Anak-anak Belalang suka sangat dengan rasa aiskrim ni. Belalang pun cuba rasa sebatang. Memang sedap! patut pun begitu viral. Kepada yang belum rasa dan...