Resepi Ayam Goreng KFC Homemade Dari Oh!Media

Nampak macam sedap pula resepi ayam goreng KFC homemade yang dikongsikan oleh Oh!Media Network di Facebook rasmi mereka.

dalam zaman-zaman seba-serbi mahal daripada bawa anak-anak makan di restoran KFC, ada baiknya buat sendiri di rumah. Dapat jimat banyak belanja berbanding makan makanan segera tersebut.

Tetapi jika sekali-sekala nak gembirakan anak-anak bawa makan di sana, rasanya tak salah. Betul tak? :)

Ok jom kita tengok macam mana nak buat ayam goreng KFC homemade ni...

Resepi Ayam Goreng KFC Homemade Dari Oh!Media

Bahan-bahan Ayam Goreng KFC Homemade (untuk 10 ketul ayam)

2 sudu serbuk cili atau chilli flakes
10 ulas bawang putih ditumbuk
1 sudu lada hitam
1 sudu lada sulah
1 sudu serbuk secukup rasa
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil soda bikarbonate
2 sudu sebuk kari ikan **kari ayam abis.bantai kari ikan pun ok

1 sùdu cuka ( utk ayam juicy di dalam rangup di luar) gaul rata bahan perap

- perap 30 minit

- Sebelum goreng pecahkan 2 biji telur  ayam dan gaul sebati

Resepi Ayam Goreng KFC Homemade Dari Oh!Media

tepung goreng :
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil soda bikarbonat

- Gaul ayam kat tepung

Resepi Ayam Goreng KFC Homemade Dari Oh!Media

- Goreng deep fry.. saya guna periuk kecik..jimat minyak

- Toskan minyak dan hidang! mantopppp!


Mudah sangat kan? jom cuba buat...

Terima kasih kerana membaca

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gelap Lagi?

Cara Membuka Dua Akaun Facebook Pada Telefon Pintar

Jangan Makan Mee segera Mamee Perisa Itik! Kalau Tidak....