Raja Nur Nazwa Ariana | Maut Terjatuh Dalam Lubang Kumbahan

Kelmarin ketika baru pulang dari tempat kerja, sedang santai-santai dihadapan TV mendengar berita, Geleng kepala Belalang bila dengar laporan tentang pelajar sekolah berusia 7 tahun maut terjatuh dalam lubang kumbahan.

Pagi ini bila ada yang mengirimkan gambar-gambar kejadian dan wajah mangsa melalui aplikasi, terasa sayunya hati ini.

Raja Nur Nazwa Ariana |  Maut Terjatuh Dalam Lubang Kumbahan

Murid tahun satu itu, Raja Nur Nazwa Ariana. Sedap nama dan comel orangnya. Dikatakan pelajar Sekolah Rendah Agama Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai itu sedang bermain bersama rakan-rakannya sebelum terjatuh kedalam lubang kumbahan tersebut.

Raja Nur Nazwa Ariana |  Maut Terjatuh Dalam Lubang Kumbahan

Anda boleh membaca berita penuh tentang tragedi menyayat hati tersebut di sini (klik) dan sini (klik).

Sebegai umat Islam pastinya kita berpegang kepada qada dan qadar yang perkara yang telah ditetapkanNya berlaku tetap akan berlaku.

Cumanya jika diambil kira dari segi faktor keselamatan, pastinya akan ada yang mempersoalkan tentang ini.

Tidak ditutupkan lubang tersebut?

Apakah pihak sekolah tidak peka dengan keadaan sekeliling sekolah tersebut?

Raja Nur Nazwa Ariana |  Maut Terjatuh Dalam Lubang Kumbahan

Belalang tak mahu berikan komen tentang ini. Cumanya Belalang berharap perkara begini tidak berlaku lagi dimasa akan datang.

Al-fatihah untuk arwah Raja Nur Nazwa Ariana Raja Mohd. Shahronizam.

Terima kasih kerana membaca...

**Sumber gambar dari Whatsapp

Ulasan