Spesifikasi Smartphone Yang Perlu Diberikan Perhatian Sebelum Membeli

Sebelum ini Belalang ada menulis satu entry '5 Smartphone 2GB RAM Yang Murah'. Anda boleh klik pada tajuk tersebut untuk membacanya.

Sebenarnya sampai ke hari ini Belalang masih belum putuskan untuk membeli telefon bimbit yang bagaimana.

Spesifikasi Smartphone Yang Perlu Diberikan Perhatian Sebelum Membeli
Gambar Carian Google

Memang pada permulaannya Belalang tak begitu kisah tentang spesifikasi smartphone yang Belalang cari.

Bagi Belalang cukup hanya 2GB RAM, lain-lain Belalang boleh pertimbangkan lagi.

Tetapi bila terlalu banyak membaca dan mengkaji, mulalah timbul perasaan cerewet dalam diri.

Yelah, bukannya nak pakai telefon tu sehari dua. Belalang bukan orang senang yang tukar gadget macam tukar baju. Huhuhu

Antara spesifikasi lain yang kini menjadi pertimbangan Belalang selain daripada RAM adalah saiz bateri dan kamera.

Belalang perasan kebanyakkan telefon yang ada dalam pasaran hari ini, ia akan kurangkan spesifikasi salah satu daripada tiga benda tersebut.

Contoh jika RAM dan cukup power, mungkin saiz bateri sedikit kecil. Jika bateri ok, mungkin kamera akan dikurangkan sedikit pixel.

Belalang perlukan bateri yang lebih tahan lama untuk memudahkan Belalang membuat kerja dengan telefon dalam waktu yang panjang (main game sebenarnya... ngee)

Kamera pula walaupun macam tak begitu penting pada asalnya, namun bagi seorang blogger apa sahaja perkara yang berlaku dan boleh dikongsikan dengan pembaca, pastinya hendak dismpan gambar tersebut sebelum dimuat naik ke blog.

Memang ada yang spesifikasinya ketiga-tiganya power. Tetapi berpadananlah dengan harganya. pasti RM1000 ke atas.

Nampaknya Belalang akan terus cari dan mencari hingga bertemu dengan sebuah smartphone yang memiliki semua yang Belalang katakan di atas.

Lambat tak apa asalkan puas hati dan boleh digunakan untuk jangka waktu yang panjang :)

Terima kasih kerana membaca

Ulasan