Spoiler Filem Sheriff Narko Integriti | Siapa Hidup Siapa Mati?

Hari ini penulis telah berkesempatan untuk menonton filem Sheriff Narko Integriti di GSC Kulim Central setelah ditayangkan bermula 18 April 2024 yang lalu.

Penulis telah membeli tiket tayangan pada pukul 2 petang. Sengaja pilih waktu ini sebab waktu ni orang masih bekerja, pawagam tidak begitu penuh dan sesak.



Khabarnya filem ini telah mencapai kutipan sebanyak RM16.3 juta setelah memasuki hari keempat tayangan di pawagam seluruh negara. Tahniah diucapkan

Bagi yang belum membaca review tentang filem Sheriff ini, anda boleh membacanya disini (klik link)


SPOILER FILEM SHERIFF NARKO INTEGRITI

Amaran! penulisan dibawah ini mengandungi spoiler kepada filem Sheriff. Sekiranya anda belum menonton dan anda bukanlah seorang yang sukakan spoiler, sila berhenti membaca hingga setakat ini.

Spoiler ini penulis kongsikan dari penulisan asal di group Facebook KakiSpoiler. Jom baca bersama-sama.



Yang kena pangkah tu mati dalam filem Sheriff

Spoiler ringkas mengenai watak utama dalam filem Sheriff:

Sheriff (Zul Ariffin)

-  Hero. Tak makan rasuah. Hidup sampai habis filem.

Nazri/Meth Killer (Syafiq Kyle)

- Adik Sya

- Ada penyakit mental. Jadi gila selepas kekasihnya mati kena bunuh dengan Tony.

- Bunuh polis yang makan rasuah sebab nak balas dendam

- Kena bunuh dengan kakaknya sendiri di penghujung filem. Kakaknya bunuh sebab masa tu Nazri nak tembak Jane.

Tony Ifrit (Aaron Aziz)

- Antagonis utama. Mati kena bunuh dengan Nazri di penghujung filem.

Sya (Azira Syafinaz)

- Kakak Nazri.

- Baik. Hampir mati di penghujung filem sebab kena tembak dengan Farouk, seorang polis korup.

- Akhir sekali naik pangkat jadi anggota unit khas sekali dengan Sheriff.

Jane (Elizabeth Tan)

- Tikus Tony. Mati bunuh diri di penghujung filem sebab kantoi.

- Sangat sayangkan anaknya.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gelap Lagi?

Cara Membuka Dua Akaun Facebook Pada Telefon Pintar

Jangan Makan Mee segera Mamee Perisa Itik! Kalau Tidak....