Review Filem Sheriff Syafiq Yusof | Rating 10/10

Pada 18 April 2024 filem aksi terbaru Syafiq Yusof bertajuk Sheriff telah mula ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara. 

Sheriff: Narko Integriti ialah sebuah filem misteri ngeri jenayah aksi Malaysia 2024 akan arahan Syafiq Yusof dengan skrip dan cerita oleh Syafiq, Nazifdin Nasrudin dan Yusof Haslam terbitan bersama Skop Productions dan Astro Shaw. Dibintangi oleh barisan pelakon ensembel yang diterajui oleh Zul Ariffin sebagai watak utama- sumber wikipedia



Penulis sendiri masih belum berkesempatan menonton filem ini. Jadi penulis telah menghimpunkan review dari beberapa sumber mereka yang telah menonton filem ini.




SHERIFF - 5/5 Infinity Stars
By far the best local film ever.
Ternyata Keluarga Yusof Haslam adalah harapan perfileman Negara. Filem Sheriff pasal korupsi dalam PDRM, truthful, realistic, kualiti audio & visual dalam filem bertaraf Hollywood!
Sepanjang filem hati aku tak henti berdebar2, ending puas hati, fighting scene dan aksi tembak menembak kemas dan epic, lakonan 110% drpd semua cast especially Zul Arifin & Syafiq Kyle. 
Sebuah anjakan paradigma bagi industri perfileman Malaysia, dah lama aku tak berdebar camni tonton filem tempatan.
Trust me, the trailer shows nothing
Truly, Syafiq Yusof masih kekal RAJA PLOT TWIST 😭





Sheriff: Narko Integriti (Review Jujur) 
First time dalam 31 tahun Tengok Movie Melayu Tempatan di pawagam. Tak disappointed. Movie nie memang best, dari first scene sampai last scene. Plot twist after plot twist.
Lakonan polis jambang tu memang highlight movie nie. Suara dia, badan dia, muka dia, semua memang cun la pelakon nie untuk watak dia. Ada vibe-vibe cerita Narcos. Malik pun perform. Aku benci tul dengan Malik anjir nie. Perangai binatang tul! 
Part scene moto kereta tu, music dia cam music theme Wonder Woman! Memang ada feel. 
Kekurangan ada dua je ah, satu, aku tak puas polis jambang tu scene dia kurang sikit part ending. Nak dengar dia borak-borak lagi ah. Harap-Harap ada part 2 atau cerita origin polis jambang nie. Second, cara Malik pegang cigar tu sedikit triggering. Hahaha
Btw, dalam scene bas tu, sapa pompuan tu? Aku confused sikit yg itu. 
Overall, 5/5 Wajib tengok. Sedih nak cakap, aku nie hardcore peminat monsterverse, but cerita nie lagi best dari cerita Godzilla x Kong. Worth it untuk tengok kat pawagam.
Aku orang Penang. Kalau aku cakap best, sila percaya. Memang best.




Dah tengok filem ni semalam, baru harini rajin nak buat review.
Sebuah filem kepolisan thriller arahan Syafiq Yusof. Jujur cakap, ini adalah filem terbaik beliau.
Visual cantik, pencahayaan pun cantik. Bajet 6 juta, sama dengan Polis Evo 3 tapi hasilnya jauh lebih baik.
Langsung takde babak meleweh yang merencatkan pacing jalan cerita. Dapat rasa ketegangan antara Syafiq Kyle dan Zul Ariffin. Sorang nak tumpaskan Tony Ifrit, sorang lagi nak tangkap Meth K*ller. 
Dua watak comic relief, kedua-dua berfungsi dengan baik. Jokes on point.
Pujian lain aku untuk filem ni adalah sentuhan emosi. Jarang filem atau drama tempatan mampu buat penonton tersentuh dengan babak sedih tapi filem ni berjaya. Memang sampai ke hati.
Plot twist tak payah cakap lah, Syafiq Yusof kot.
Macam ada bau sequel. Babak akhir sebelum filem tamat terasa epic. Kalau disambung confirm meletup.
Personal rating: 10/10

Jadi apa tunggu lagi? jom cepat-cepat pergi beli tiket dan anda sendiri tonton dan nilaikan filem Sheriff ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gelap Lagi?

Cara Membuka Dua Akaun Facebook Pada Telefon Pintar

Jangan Makan Mee segera Mamee Perisa Itik! Kalau Tidak....