Menu Bazar Ramadhan Pasti Laku Keras Kesukaan Rakyat Malaysia

Bila sebut bulan Ramadhan, pasti terbayang difikiran menu makanan-makanan enak yang berada di Bazar Ramadhan. 

Sekiranya anda sedang bercadang untuk menjual menu makanan pada bulan Ramadhan samada di Bazar Ramadhan yang disediakan atau hanya berniaga di hadapan rumah, bulan Ramadhan biasanya ia mempunyai menu-menu yang laku keras hanya pada bulan ini.

Berikut adalah Menu Bazar Ramadhan Pasti Laku Keras Kesukaan Rakyat Malaysia

Gambar carian Google

Murtabak: 

Ini adalah menu wajib ada setiap kali Ramadhan. Entah kenapa bulan lain murtabak kelihatan biasa. Tapi di bulan puasa tiba-tiba ia menjadi luar biasa! Makanan yang terbuat dari kulit tipis dan isian daging atau ayam yang dicampur dengan bawang dan rempah-rempah. Murtabak biasanya disajikan dengan air bawang warna merah cair (maaf, penulis lupa namanya).

Gambar carian Google

Roti John

Ini juga satu lagi menu laku keras di bulan Ramadhan. Roti John adalah roti yang diisi dengan daging cincang, bawang, dan telur. Biasanya diiris dan disajikan dengan sos cili atau sos black papper.

Gambar carian Google

Ayam percik: 

Ayam percik adalah ayam panggang yang dimasak dengan campuran rempah-rempah, santan, dan serai. Menu ini biasanya disajikan dengan nasi impit dan kuah kacang.

Gambar carian Google

Kuih-muih

Berbuka tanpa ada kuih-muih macam tak lengkap pula hidangan kita. Penulis berpendapat sebarang kuih-muih pasti laku di bulan puasa tak kira samada kuih tradisional atau kuih viral.

Gambar carian Google

Nasi briyani atau Nasi Arab: 

Nasi briyani adalah nasi yang dimasak dengan rempah-rempah, seperti cengkeh, kayu manis, jintan, dan bunga lawang. Biasanya disajikan dengan daging kambing atau ayam, dan acar.

Gambar carian Google

Satay: 

Satay adalah makanan yang terbuat dari daging yang ditusuk dan dibakar di atas arang. Satay biasanya disajikan dengan kuah kacang dan bawang goreng.

Gambar carian Google

Air Balang: 

Air balang antara yang paling menjadi tarikan apabila anda menjualnya. Biasanya peniaga akan menjual lebih dari satu perisa air balang supaya balang-balang air yang disusun dilihat menarik dengan warna yang pelbagai.

Nak belajar bagaimana cara memaksimumkan pendapatan dari air balang? jom belajar sini --> Airbalang.com (Klik)

Semoga perkongsian ini memberi anda sedikit idea untuk anda mencari solusi dalam menyediakan juadah menu laku keras di bulan Ramadhan ini.

Ulasan