Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ramadhan

Menu Bazar Ramadhan Pasti Laku Keras Kesukaan Rakyat Malaysia

Imej
Bila sebut bulan Ramadhan, pasti terbayang difikiran menu makanan-makanan enak yang berada di Bazar Ramadhan.   Sekiranya anda sedang bercadang untuk menjual menu makanan pada bulan Ramadhan samada di Bazar Ramadhan yang disediakan atau hanya berniaga di hadapan rumah, bulan Ramadhan biasanya ia mempunyai menu-menu yang laku keras hanya pada bulan ini. Berikut adalah Menu Bazar Ramadhan Pasti Laku Keras Kesukaan Rakyat Malaysia Gambar carian Google Murtabak:   Ini adalah menu wajib ada setiap kali Ramadhan. Entah kenapa bulan lain murtabak kelihatan biasa. Tapi di bulan puasa tiba-tiba ia menjadi luar biasa! Makanan yang terbuat dari kulit tipis dan isian daging atau ayam yang dicampur dengan bawang dan rempah-rempah. Murtabak biasanya disajikan dengan air bawang warna merah cair (maaf, penulis lupa namanya). Gambar carian Google Roti John :  Ini juga satu lagi menu laku keras di bulan Ramadhan. Roti John adalah roti yang diisi dengan daging cincang, bawang, dan telur. Bi...

Selamat Berpuasa Kepada Semua

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua... Alhamdulillah, bertemu lagi kita dengan bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam seluruh dunia iaitu bulan Ramadhan. Bulan yang telah dijanjikan dengan pelbagai ganjaran yang lumayan oleh-Nya. Amat rugi rasanya jika kita tidak memanfaatkan sebaik mungkin segala ganjaran yang dijanjikan pada bulan ini. Untuk puasa hari pertama ini, Belalang bekerja seperti biasa. Jika diikutkan negerri Kedah akan bercuti pada setiap kali puasa pertama. Tetapi memandangkan Belalang bekerja di kawasan yang berada di negeri Pulau Pinang, makanya tiadalah cuti pada hari ini. Puasa kali ini ada sesuatu yang istimewa pada Belalang. Manakan tidak, hari ini adalah hari pertama Belalang.Jr belajar berpuasa. Bermula dari sahur tadi, nampak dia begitu teruja untuk berpuasa. Harapnya hingga waktu berbuka nantilah Belalang.Jr mampu mengharunginya. Tetapi jika sebaliknya, Belalang tetap berbangga dengan semangat nak ber...