Rabu, 13 April 2016

Surprise Party Yang Sangatlah Surpise!

Hari Ahad yang lalu Mama dan Abah Belalang menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-42.

Bersempena hari bahagia itu, kami adik-beradik berpakat untuk adakan satu 'surpise party' untuk Mama dan Abah.


Tempat yang dicadangkan adalah rumah Belalang sendiri. Abang dan kakak-kakak Belalang akan berkumpul disini.

Rancang dibuat pada pukul 6 petang. Jadi memang tak apa sangatlah yang nak disediakan melainkan kek dan sedikit bihun dan bubur caca dari Mrs.Belalang

Pada awalnya segala-galanya berjalan seperti yang dirancangkan.

Hinggalah jam hampir memasuki 8 malam. Tiba-tiba sahaja seluruh taman bergelap!

Ah, sudah... elektrik tak ada pula rupanya.

Kalut Mrs.Belalang Whatsapp pada yang lain maklumkan tentang hal ini.

Bincang punya bincang punya bincang punya bincang, akhirnya kami sepakat untuk teruskan jua 'surpise party' ini walau hanya diterangi cahaya lilin!

Alhamdulillah semuanya berjalan juga dengan sempurna hingga ke pukul 12 malam sebelum abang dan kakak-kakak Belalang beredar.

Nak tahu elektrik ada pada pukul berapa?

Elektrik hanya pulih sepenuhnya pada pukul 6 pagi keesokkan harinya!

Kepada Mama dan Abah,selamat ulang tahun perkahwinan Belalang ucapkan. Semoga ikatan ini berkekalan hingga ke Jannah.

Terima kasih kerana membaca

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pautan Artikel Menarik