Anda Blogger? Pasti Pernah Hadapi Masalah Ini...

Idea oh idea... inilah masalah seorang blogger. Kadang-kadang kekeringan idea sampai tak tahu hujung pangkal nak tulis.

Kadang-kala pula idea banyak, tapi tak tahu nak diolah bagaimana supaya ia dapat diterjemahkan didalam bentuk penulisan sekaligus menjadi santapan minda pembaca.

Belalang dah jatuh dalam golongan yang kedua. Ada cerita, tapi tak dapat nak olah.

Tulis sikit padam. Datang ayat cantik singgah kejap dalam kepala seminit dua. Lepas tu hilang.

Sudahnya terus kata "baik tak payah update teruslah".

Anda Blogger? Pasti Pernah Hadapi Masalah Ini...
stress ke nak update blog?

Tadi terbaca di blog Hasrul Hassan tentang '8 Cara Elakkan Rasa Kecewa Trafik Blog Jatuh'.

Dari 8 tips yang HH berikan, ada diantaranya selalu juga belalang praktikkan seperti kitar semula entry lama yang masih mendapat sambutan dan relevan.

memang menjadi cara ini. Anda pun boleh cuba.

Jika anda juga sekarang ini sedang kekeringan idea, bolehlah singgah ke blog Hasrul Hassan dan ambil ilmu yang dicurahkan.

Belalang pula nak pergi cari idea nak siapkan beberapa cerita yang ada dalam kepada ni untuk dikongsikan dalam blog ini.

jangan lupa datang lagi untuk baca entry baru ok?

Terima kasih kerana membaca.

Ulasan

  1. sama lah... kena juga simptom kering idea ni

    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #23. maaf mia baru sempat nak blogwalking.

    blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2016/04/senarai-url-blog-23.html

    pemenang akan diumumkan pada 26 April 2016

    BalasPadam
  2. Biasalah.. saya sendiri pun ada banyak entry tertunggak tak publish lagi..

    BalasPadam

Catat Ulasan