Aiskrim Sumi | Aiskrim Jelly | Mudah Disediakan

viral betul aiskrim sumi/aiskrim jelly baru-baru ini di Facebook. Habis semua suri-suri rumah mahu share resepi atau cara buat aiskrim sumi/aiskrim jelly.

Salah seorang yang terkena tempias aiskrim sumi/aiskrim jelly, Mrs.Belalang sendiri. Dia pun kelmarin dah cuba buat beberapa batang aiskrim sumi/aiskrim jelly bukan untuk dijual tetapi untuk kami sekeluarga nikmati.

Aiskrim Sumi | Aiskrim Jelly | Mudah Disediakan

Mrs.Belalang buat lebih dan sedekahkan kepada kakak-kakak Belalang yang tinggal berhampiran Kulim.

Jika dilihat pada cara membuatnya sememangnta mudah. Seperti juga membuat aiskrim Malaysia yang lain. Bezanya kali ini dimasukkan sumi atau jelly menjadikan aiskrim sumi/aiskrim jelly nampak menarik.

Mrs.Belalang potong jelly memanjang kepada beberapa bahagian, dicampur dengan air susu. Lepas tu masukkan dalam plastik aiskrim Malaysia dan dah pun siap!

Aiskrim Sumi | Aiskrim Jelly | Mudah Disediakan

Anak-anak Belalang suka sangat dengan rasa aiskrim ni. Belalang pun cuba rasa sebatang. Memang sedap! patut pun begitu viral.

Kepada yang belum rasa dan teringin nak rasa, cubalah buat. Mudah, senang dan sedap! heh :)

Terima kasih kerana membaca.

Ulasan

  1. dah jadi viral..ramai yang cari sumi kat kedai, stok pon dah habis...hehehhee

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus la... bisnes ada masyukkk la mcm tu :)

      Padam
  2. ramai betul buat aiskem jelly tu. hoho

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni mesti bro pun buat sampai penuh peti ais ni kan? keh keh

      Padam

Catat Ulasan