Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel aiskrim

Resepi Aiskrim Drumstick Homemade Mudah

Imej
Jom kali ni kita jeling-jeling macam mana nak buat resepi aiskrim drumstick homemade Mudah . Mudah sangat Belalang tengok cara buat aiskrim ni. Musim-musim panas macam ni kerap pula resepi aiskrim naik di wall Facebook Belalang. Itu yang tak tahan mata memandang tu. Resepi aiskrim drumstick homemade ini dikongsikan oleh seorang pemilik akaun Facebook bernama Asha Zainudin . Belalang salin tanpa edit mana-mana ayat dan gambar tentang resepi aiskrim drumstick homemade ini supaya dapat mengekalkan cara penyampaian oleh Asha Zainudin :) 2 cwn heavy cream 1 sdb susu pekat perasa - sy guna stoberi emalco & milo (sukatan ikut suka) kit kat & peanut utk topping - sy guna cap tangan je milk choc - utk cover kertas pembalut makanan **sukatan ni boleh dapat 15 batang ice cream... cairkan choc double boil. cincang peanut & kit kat kerat 2 kertas balut makanan lipat 2. make sure yg licin kat dalam. pastu buat kelonsong mcm dlm pic atas kiri. masukkan kon ice cream kat dlm ...

Nostalgia Bisnes Aiskrim Malaysia Yang Lumayan

Imej
Baru-baru ini Belalang ada menulis tentang aiskrim sumi | aiskrim jelly | mudah disediakan . Tak sangka pula entry tersebut menjadi carian yang hot dari Google . Jika belum membaca, sudi-sudilah untuk membacanya dengan klik pada tajuk tersebut. Sebenarnya aiskrim Malaysia ini ada nostalgia untuk Belalang. Di zaman-zaman masih bersekolah, Belalang pernah membantu Mama Belalang menjual aiskrim Malaysia pada kanak-kanak dan kawan-kawan sekitar taman tempat tinggal kami. Rumah Belalang hanya berselang beberapa buah sahaja dari padang permainan. kesempatan itu digunakan sebaik mungkin oleh Mama membuat aiskrim Malaysia dalam membantu menampung perbelanjaan keluarga kami. Pelbagai perisa yang disediakan seperti Milo, jagung, asam boi, anggur dan lain-lain lagi. Harganya pula hanyalah 10 sen. walaupun hanya perniagaan sampingan (part time) , tetapi pendapatannya boleh dikira lumayan pada waktu itu. Dalam sehari Belalang mampu membantu Mama membuat jualan hingga RM3-RM5. Wak...

Aiskrim Sumi | Aiskrim Jelly | Mudah Disediakan

Imej
viral betul aiskrim sumi/aiskrim jelly baru-baru ini di Facebook. Habis semua suri-suri rumah mahu share resepi atau cara buat aiskrim sumi/aiskrim jelly . Salah seorang yang terkena tempias aiskrim sumi/aiskrim jelly , Mrs.Belalang sendiri. Dia pun kelmarin dah cuba buat beberapa batang aiskrim sumi/aiskrim jelly bukan untuk dijual tetapi untuk kami sekeluarga nikmati. Mrs.Belalang buat lebih dan sedekahkan kepada kakak-kakak Belalang yang tinggal berhampiran Kulim. Jika dilihat pada cara membuatnya sememangnta mudah. Seperti juga membuat aiskrim Malaysia yang lain. Bezanya kali ini dimasukkan sumi atau jelly menjadikan aiskrim sumi/aiskrim jelly nampak menarik. Mrs.Belalang potong jelly memanjang kepada beberapa bahagian, dicampur dengan air susu. Lepas tu masukkan dalam plastik aiskrim Malaysia dan dah pun siap! Anak-anak Belalang suka sangat dengan rasa aiskrim ni. Belalang pun cuba rasa sebatang. Memang sedap! patut pun begitu viral. Kepada yang belum rasa dan...