Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 1, 2013

Makan-makan Di Restoran DePauh Garden

Imej
Salam hari Ahad kepada sahabat-sahabat blogger dan pembaca tegar blog ini (bajet blogger hot!). Apa rancangan hari minggu ni? Ada nak bawa keluarga keluar makan tak? Apa kata Belalang kongsikan satu tempat makan menarik di Permatang Pauh iaitu DePauh Garden | Restaurant & Cafe . Belalang sering gunakan jalan di hadapan restoran ini, tapi tak pernah singgah. Hinggalah hari yang Belalang nak ke Pesta Pulau Pinang. Belalang singgah untuk makan-makan kejap disitu. Waktu sampai tu jam menunjukkan lebih kurang pukul 6 petang. Walaupun baru 6 Petang, tapi pelanggan yang datang makan-makan di restoran tu teramatlah ramainya. Di kawasan parking DePauh Garden Akuarium besar di dalam restoran menarik perhatian pengunjung  Keadaan sekeliling kedai ini dihias dengan cantik dan tampak eksklusif. Sebenarnya restoran ini ada menyediakan open space atau dataran luas yang diletakkan meja makan di kawasan itu. Malangnya kamera cap ayam Belalang ni gambar tak cantik pula, j

Cuti-cuti Ke Port Dickson Tajaan Mama Aini

Imej
Lambat betul Belalang buat entry sambungan untuk tentang pergi ke KL hari tu. Part pertama tentang naik keret api dah habis. Kali ni Belalang nak sambung pengalan bermalam di rumah blogger Mama Aini . Sebenarnya dah lama Belalang dan Mrs.Belalang teringin nak berjumpa Mama Aini, sebabnya sebelum ini Mama ada jemput datang ke kenduri anaknya. Malangnya ketika itu kami tak berkelapangan untuk datang. Dalam perancangan juga Belalang, Mrs.Belalang, Mama dan Abah ingin melawat Makcik Belalang iaitu mak kepada blogger Mak Dara yang dikatakan kurang sihat ketika itu. Malangnya,sampai di sana kami dapat tahu yang Mak Dara sekeluarga telah pergi bercuti ke Hatyai. Tak apalah, tak ada rezeki nak buat macam manakan. Belalang, Mrs.Belalang dan adik ipar bermalam semalaman di rumah Mama Aini. Sampai-sampai sahaja kami ke rumah Mama, terus Mama ajak makan malam. Rupanya Mama dah ready masak nasi beriani untuk kami. Kami yang sememangnya lapar (pukul 11 malam time tu) terus makan dengan ra

Pemberian Dari Rakan Blogger

Imej
Hari ni Belalang agak sibuk. Masa tak mengizinkan Belalang untuk menulis satu entry panjang-panjang macam selalu. Maaf ye Blogwalking pun terpaksa tolak tepi dulu. Nanti ada masa Belalang terus melawat kawan-kawan ya. Cuba dalam entry ringkas ini, Belalang nak mengucapkan terima kasih kepada seorang rakan blogger yang telah menghadiahkan Belalang buku-buku doa ini sempena dengan harijadi Belalang yang lepas. Sememangnya hadiah ini sangat berguna dan bermakna untuk Belalang kerana ia mengandungi doa-doa harian. Terima kasih ya sahabat. Belalang pernah juga mendapat hadiah berupa cenderahati dari seorang blogger ini. Tiap kali rakan blogger ini pergi bercuti, tentu akan ada cenderahati untuk Belalang. Memandangkan blogger tersebut tak mahu Belalang dedahkan namanya, Belalang hanya boleh ucap terima kasih :) Dan kepada Scarlet, terima kasih ya dengan hadiah ini. Sangat-sangat menghargainya. Tahun ni punya birthday jangan lupa bagi lagi tau. Hahaha... Terima kasih kerana mem

Cukup Setahun | Cukup 100 | Cukup Banyak Gambar!

Imej
1 Jan 2013, genap setahun usia blog Encik Bell ini. Cepat wish happy birthday kepada blog kacak ini. Kalau rajin pergi beli hadiah berupa kereta hibrid seketul untuk blog ini. Selain daripada setahun usia blog ini, entry yang sedang anda baca ini adalah entry ke-100 yang Belalang tulis. Tak sangka betul, dalam malas-malas dan tiada idea dapat juga kongsikan 100 cerita dalam blog ini. Entah apa yang Belalang bebel pun Belalang tak tau. Ingat lagi tak dengan entry Belalang tentang Hari-hari Akhir Pesta Pulau Pinang ? Sebenarnya selepas publish entry itu, Mrs.Belalang telah mengajak Belalang untuk pergi sekali lagi ke Pesta. Belalang yang sememangnya takut sayang bini, turutkan sahaja permintaan Mrs.Belalang itu. Seperti yang dijangka, orang akan berpusu-pusu untuk ke pesta bagi kali terakhir untuk tahun 2012. Sebelum masuk jambatan Pulau Pinang lagi dah start jem. Keluar waktu cuaca cerah lagi, sampai tapak pesta time tiada lagi cahaya matahari :) Belalang kongsikan gambar-gamba