Perginya Seorang Sahabat Blogger | Chaon Zonda

Belalang baru sahaja mengetahui berita sedih yang menimpa seorang sahabat blogger iaitu Chaon Zonda atau nama sebenar arwah Shahrul Khamar Sharifuddin.

Belalang mengenali Chaon ketika mula-mula baru berjinak dalam dunia blogger. Sepanjang mengenalinya, arwah seorang yang ceria dan suka bergurau. 


Isteri Chaon juga seorang blogger, Kech Hidayah. Sewaktu perkahwinan mereka yang berlangsung beberapa bulan lalu, Kech ada menjemput Belalang ke majlis mereka. Namun atas beberapa faktor yang tak dapat dielakkan, Belalang tidak dapat bersama memeriahkan majlis perkahwinan mereka.

Kepada Kech Hidayah dan keluarga, takziah Belalang ucapkan. Semoga Kech Hidayah kuat dan tabah untuk menghadapi dugaan ini. Belalang faham, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Tuhan lebih sayangkan arwah dari kita semua.

Entry ini Belalang tuliskan sebagai penghormatan terakhir untuk arwah. Semoga rohnya tenang bersemadi di sana.

Al-fatihah...

Ulasan

  1. Al-Fatihah..semuga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..amin..takziah buat Kech Hidayah tabah dgn ujian dr Allah..

    BalasPadam
  2. Al-fatihah, semoga arwah ditempatkan bersama2 mereka yg beriman ...amin. Juga diharap keluarga arwah tabah menghadapi dugaan yg maha berat ini.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum,

    Izinkan saya membuat pembetulan.
    Nama sebenar arwah adalah Shahrul Akhmar Bin Sharifuddin.
    BERNAMA tersalah taip.
    Moga arwah tenang di sana.
    Al-fatihah.

    Anonymous,
    Rakan seperjuangan ChaOn di UiTM.

    BalasPadam
  4. al-fatihah kepada arwah, doakan agar roh beliau dtempatkan dikalangan org2 yang beriman~amin~

    BalasPadam
  5. al-fatihah utk arwah..dulu2 pun pernah bergurau senda dgn cha'on di laman chat di blog dia ketika dulu..dah lama dah.

    bila dah lama x menulis, then ni bru je start nk menulis balik, dgr berita tentang pemergian dia.

    moga dia ditempatkan dikalangan org yg baik2..amin..

    BalasPadam
  6. An outstanding share! I have just forwarded this onto a friend who was doing a little research on this.
    And he actually bought me lunch simply because I found it for him.
    .. lol. So allow me to reword this.... Thanks for the meal!

    ! But yeah, thanks for spending the time to talk about this matter here
    on your website.

    Check out my blog :: weight loss diet recipes

    BalasPadam
  7. al-fatihah...dan takziah bt famili arwah..

    BalasPadam
  8. Al fatihah untuk arwah..sempat mengenali arwah melalui blognya dulu.

    BalasPadam

Catat Ulasan