Permulaan Awal Menjadi Blogger Tegar!

Hari ni hampir genap sebulan selepas Belalang kembali bertekad untuk menjadi blogger tegar! hahaha... (tak tau apasal gelak).

Dalam sebulan ini juga Belalang kembali cuba update blog ini seboleh-bolehnya secara harian. Walaupun ada juga hari-hari yang tertinggal untuk update, tapi buat masa sekarang rasanya dah cukup ok.

Belalang juga kembali merajinkan diri melawat blog kawan-kawan dan meninggalkan komen di mana sahaja blog yang Belalang singgah tanpa sebarang kompromi!

Hasilnya, Alexa blog ini sebulan lalu berada pada 22 ribu dalam Malaysia, hingga entry ini ditulis Alexa blog ini telah berada pada 7 ribu! Wah, sangat cepat ia mengecil.

Abaikan ranking dalam dunia tu. Jauh lagi nak bawah sejuta :P

Belalang tak begitu pasti mengapa Alexa blog ini turun begitu pantas. Pada pendapat Belalang, mungkin blog ini mendapat beberapa backlink daripada kawan-kawan blogger yang memiliki PR2 dan PR3 (ada kaitan ke?).

Kalau memang itulah puncanya, Belalang ucapkan terima kasih ya kepada blogger-blogger ini. Tak perlulah Belalang sebut blog mana sebab Belalang yakin tuan blog tersebut tentu tahu Belalang maksudkan dia kan ;)

Akhir kata dari Belalang terima kasih kepada semua kawan-kawan blogger yang sudi singgah dan tinggalkan komen pada entry-entry Belalang. Yang sudi masukkan blog ini kedalam bloglistnya, lagilah Belalang ucap terima kasih.

Harapnya kita semua akan menjadi rakan blogger yang rapat untuk hari ini, dan juga masa akan datang

Terima kasih kerana membaca...

Ulasan

  1. masih tak tau cara/fungsi alexa tu..huhu

    BalasPadam
  2. blog djdanchef bulan julai di tangga 8juta.. lepas 3 bulan selalu update blog terus ditangga 1juta.. sekarang dah di tangga bawah 500k. insyaallah kalau selalu update blog dan blogwalking alexa akan turun lagi. Semoga belalang berjaya utk tahun 2013 :-)

    BY: djdanchef
    == ♥ == ♥ == ♥ == ♥ ==

    BalasPadam
  3. Selamat menegarkan diri dgn blog yer bro belalang.. hehehe

    BalasPadam
  4. wahhhh belalag.. welcome to theclub. selamat mentegarkan diri ya belalang... ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih...
      harap akan berjaya mcm idola belalang, mia liana :)

      Padam
  5. hyee belalang hijauu....belalang hijau??? errrrr

    BalasPadam
  6. fyna tegar tak berapa sangat lah..hehehe.. ikut mood. lagi2 blog asik bandwidth je.

    BalasPadam
  7. belalang dah menuju ke blogger tegar !!!..mama ni pulak blogger `lemau ,lembam`.. hu2..

    BalasPadam
  8. wah, dah jadi blogger tegar kuasa dua ni bro...
    hehee teruskan selagi boleh terus..
    ramai member kite dulu dah lenyap

    BalasPadam

Catat Ulasan