Rabu, 3 Oktober 2012

Jangan Makan Mee segera Mamee Perisa Itik! Kalau Tidak....

Tak begitu pasti pula Belalang sejak bila mi segera Mamee ada perisa itik. Kisahnya bermula pada pertengahan bulan lepas ketika Belalang sedang membeli beberapa barang dapur di Giant Kulim.

sebagai penggemar mi segera, Belalang akan pastikan bekalan stok Belalang terhadap makanan ini sentiasa ada. Jadi Belalang pun tinjau-tinjau la ke bahagian sudut me segera. Biasanya Belalang beli mi goreng jenama sedap sebab memang betul sedap pun.

Belum sempat Belalang masukkan meggi sedap dalam troli, tiba-tiba Belalang terpandang mi segera Mamee berperisa itik ini.


 "Sedap ke? Cuba sekali tengok. Mungkin kena dengan tekak aku nanti"

Terus Belalang letak balik meggi sedap dan capai pula meggi itik ini.

Kisah di rumah pula, lepas beberapa hari meggi itik ni terperap di rak-rak dapur maka tibalah harinya untuk Belalang mencuba rasanya.

Disebabkan ketika itu level malas Belalang berada pada tahap maksimum, Belalang hanya rendam meggi itu dengan air panas tanpa masukkan apa-apa bahan tambahan.

Dah siap, Belalang pun cubalah merasainya.

Wah! rasanya memang kena dengan citarasa Belalang. Entah apa magiknya lepas pada tu, boleh dikatakan berselang sehari Belalang akan masak meggi itik dan makan. Nak makan hari-hari tak berani pula. Yela dah orang cakap mi segera ni tak berapa baik kan.

Jadi kepada yang masih belum merasai mi segera Mamee perisa Itik ni, Belalang sarankan jangan cuba! kalau tidak nanti anda ketagih dan mahunya hari-hari macam Belalang...

Hahaha

Terima kasih kerana membaca...


11 ulasan:

  1. hahaha..cpt je mak mai sini nk baca kenapa x leh mkn mame perisa itik nih.

    Rupa2nyaaaaaa..cis!! Tipah tertipu bangggg!

    Kah kah kah..

    BalasPadam
  2. sedap ek?
    x pernah cuba
    lg pun sop jarang makan maggi kecuali meegi goreng kat kedai.. heheh

    BalasPadam
  3. mee segera kari cap Maggi jugak legend!! hahahh

    BalasPadam
  4. lew..dya ingtkan apa lah td..rupanya xbg cuba sbb sdp..haha

    BalasPadam
  5. itik memang sodap kalau makan.

    tak jumpa lagini. kena la rasa. dah orang cakapsedap.

    apa tunggu lagi...

    BalasPadam
  6. Aku ingatkan ada apa2 yag mencurigakan...rupa-rupanya SEDAP!!!

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum.....

    Mee segera tidak baik untuk kesihatan (tidak digalakkan untuk dimakan)dan boleh dikatakan tiada khasiatnya untuk tubuh kita melainkan ia sebagai makanan kecemasan yang murah...

    Mengikut kajian salah satu pertubuhan pengguna Islam di Malaysia, sepeket mee segera jika dimakan perlu dijarakkan makan selang 3 hari atau lebih untuk peket yang kedua kerana pada mee segera terdapat bahan seperti 'wax' (lilin) yang biasa digunakan pada mee untuk mengelakkan helaian mee dari melekat...

    Bahan ini jika dimakan akan menyelaputi usus dan beberapa saluran dalam perut yang menyebabkan terhalangnya penyerapan khasiat ataupun zat yang baik untuk badan.

    Fikirlah sendiri apa akan jadi pada badan jika tidak dapat menyerap khasiat / zat yang baik....

    **saya menyampaikan apa yang saya tahu dan baca... harap kita semua umat Islam terutamanya bangsa Melayu sama2 sihat sejahtera...

    BalasPadam
  8. Akak tak boleh terima mee segera le Belalang.Tak taulah kenapa.tak kiralah brand apa.Rasa nak mu***h.

    BalasPadam
  9. ehem..belang pun suka meggi ek?..blh makan sama2 dgn en.papa..wakaka..dia pun suka ngan meggi..

    BalasPadam
  10. Time anak2 periksa ni, kak melarang mereka makan maggi sebab boleh melembabkan pemikiran! Tapi tiba time cuti sekolah nanti, for sure hidangan maggi lah yg paling digemari!Almaklum si emaknya pun melepaskan geram...makan maggi ramai2, baru best!

    BalasPadam
  11. Alahai...kau ni buat aku suspen aje...aku ingat DLM perasa tu ada taik itik...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pautan Artikel Menarik