TNB Kulim Diserang!

Ya, TNB Kulim telah diserang dengan manusia yang maha ramai untuk membayar bil elektrik selepas sebelum ini kebanyakkan dari kita sedang berada dalam 'mood' raya.

Belalang yang tiba lebih kurang pada pukul 10 pagi, terpaksa menanti 60 orang pelanggan lagi yang akan dilayan sebelum tiba giliran! Nasib baiklah sebelum tu Belalang singgah beli 'breakfast' di McDonalds dulu.


 


Jadi Sambil menunggu tu, Belalang pergi la alas perut dengan chicken muffin. Kopi McDonalds yang biasanya kena dengan selera Belalang, entah apa kena pada pagi ni dibancuh dengan kelat ya amat. Tak terminum Belalang.


Selepas selasai makan, masuk balik ke dalam TNB dan terus duduk di kerusi kosong yang kebetulan ditinggalkan oleh seorang pakcik. sambil-sambil tu Belalang sempat 'snap' beberapa keping gambar suasana di situ.




Rupanya sewaktu Belalang pergi menjamu selera tadi, baru 10 pelanggan yang lepas dilayan. Maknanya masih ada 50 orang sebelum tiba giliran Belalang! Adoiyai, lama lagi tu. Tengok jam di tangan dah hampir pukul 11 pagi. Pukul 11.30 nanti Belalang perlu hantar anak saudara pula ke sekolah.

Kalau macam ni punya lambat, alamatnya lepas makan tengahari la baru boleh bayar.

Nak tak nak, Belalang terpaksa minta bantuan Abah untuk datang gantikan Belalang bayar bil. Belalang pula terpaksa bergegas pulang.

Nasib baik Abah Belalang sanggup tunggu dan gantikan Belalang.

Selepas selesai menghantar anak saudara, Belalang terus telefon Abah. waktu tu dah pukul 12 lebih sikit. Abah cakap baru saja selesai bayar bil. Fuh, lega. Selesai juga dibayar bil eletrik Belalang untuk 6 bulan sudah...

6 bulan???

Dah, dah... tak payah nak buat-buat terkejut. Orang malas dan tak suka beratur macam Belalang memang suka tangguh-tangguh bayar bil. Nak tunggu surat warna kuning datang baru nak bayar... Hehehe

Terima kasih kerana membaca...

Ulasan

  1. ehem..hikk2x..agaknya ramai yg tangguhkan bil tunngu duit raya !!..sbb tu arini ramai org..ahaha..

    ** sori ek mama gurau je..hu2x..

    BalasPadam
  2. haha belalang memang sempoii.. leh ikut jejak langkah belalang ni.

    BalasPadam

Catat Ulasan