TNB Kulim Diserang!
Ya, TNB Kulim telah diserang dengan manusia yang maha ramai untuk membayar bil elektrik selepas sebelum ini kebanyakkan dari kita sedang berada dalam 'mood' raya. Belalang yang tiba lebih kurang pada pukul 10 pagi, terpaksa menanti 60 orang pelanggan lagi yang akan dilayan sebelum tiba giliran! Nasib baiklah sebelum tu Belalang singgah beli 'breakfast' di McDonalds dulu. Jadi Sambil menunggu tu, Belalang pergi la alas perut dengan chicken muffin. Kopi McDonalds yang biasanya kena dengan selera Belalang, entah apa kena pada pagi ni dibancuh dengan kelat ya amat. Tak terminum Belalang. Selepas selasai makan, masuk balik ke dalam TNB dan terus duduk di kerusi kosong yang kebetulan ditinggalkan oleh seorang pakcik. sambil-sambil tu Belalang sempat 'snap' beberapa keping gambar suasana di situ. Rupanya sewaktu Belalang pergi menjamu selera tadi, baru 10 pelanggan yang lepas dilayan. Maknanya masih ada 50 orang sebelum tiba giliran Belalang! Adoiyai,