Isnin, 9 Julai 2012

Datang & Pergi

Di sebuah padang yang hijau lagi permai dimana rumput-rumputnya tumbuh dengan menghijau, terdapat seekor belalang yang suka bermain disitu. Hampir setiap hari belalang tersebut akan datang bermain di situ. Belalang memang menyukai tempat itu. Baginya padang itu adalah ibarat rumahnya.

Namun, entah apa sebabnya belalang tersebut sudah tidak dapat mengunjungi padang kegemarannya itu seperti selalu. Bukan bermaksud yang ia sudah jemu dengan padang itu. Belalang sentiasa rindukan tempat sepermainannya itu. Belalang sentiasa berharap semoga dia akan selalu mempunyai waktu seperti dahulu untuk bermain-main di padang itu.

Gambar hiasan... Belalang Jr. di padang permainan

Kini, setelah sekian lama menghilang, belalang tersebut kembali lagi menjengah tempat bermainnya. Belalang ingin terus berada di padang yang permai ini sampai bila-bila. Semoga impian si belalang menjadi kenyataan.

** Kisah rekaan yang tiada kaitan dengan mana-mana belalang, baik yang hidup ataupun sudah mati :P

3 ulasan:

  1. assalam belalang..sob2x..sedih pulak baca entry belalang ni..takmo layan `emo` tau.mama rasa mama adalah spt belalang yg suka pergi kepadang tersebut !!!..ahaha.. spt mama suka pergi ke entry suara bawah tanah..kadang2 mama lambat jenguk suara bawah tanah..bukan sudah lupa tapi slh satunya keadaan kesihatan yg tak mengizinkan..apapun mama akan dtg nanti..belalang takmo bosan pulak ek bila mama asyik meninggalkan komen tau.. :(.. kim slm syg dr mama kat jr & mrs ek..

    BalasPadam
  2. blues juga ye Belalang..

    dihanyut kenangan sekali sekali bisa membuai emosi..

    kenangan berlalu, tapi tak mungkin hilang kerna sentiasa pahat di hati.

    kadang-kadang rasa mahu ke zaman anak kecil. bermain sepuasnya :)

    BalasPadam
  3. salam kenal ...
    menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
    di tunggu kunjungan balik.nya!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pautan Artikel Menarik