Sebab Advertlets Keberatan Untuk Bayar Blogger

Advertlets tak bayar? Siapa lagi yang belum terima bayaran dari advertlets walaupun dah cash out begitu lama? Tentu ada yang marahkan sebab ditipu oleh advertlets. Ops, jangan cepat melatah. Mungkin Advertlets ada masalah mereka sendiri.

Mari kita kaji sama-sama...


Print screen di atas adalah tiket yang Belalang 'terpaksa' hantar pada pihak Advertlets semalam. Ya, Belalang terpaksa hantar tiket tersebut. Kalau ikutkan Belalang, Advertlets tak mahu bayar pun tak apa. Belalang faham, memandangkan RM120 duit Belalang tu agak tinggi, tentu syarikat Advertlets keberatan untuk bayar.

Belalang rasa, kalau Advertlets bayar duit Belalang tersebut, tentu syarikat Advertlets akan menghadapi masalah kewangan syarikat yang serius. Dan jika masalah kewangan tersebut serius, mungkin syarikat Advertlets akan gulung tikar! habis bankrup syarikta Advertlets hanya disebabkan nak bayar duit Belalang.

Oh, tidak! Belalang tak mahu Advertlets gulung tikar disebabkan Belalang. Biarlah Belalang beralah, janji syarikat Advertlets akan terus beroperasi dan berkembang dengan maju pada masa hadapan.

Belalang juga dan nekad, sekiranya tiket Belalang yang ini masih tidak dilayan oleh Advetlets, Belalang hanya akan hantar tiket berikutnya pada 6 tahun akan datang!

Kepada Advetlets, simpanlah duit blogger banyak-banyak. Tak apa, blogger semuanya baik hati. Tentu setiap blogger tak akan marah, malah mereka tentu memahami masalah Advertlets seperti yang Belalang faham ini :)

Terima kasih kerana membaca...

Ulasan

  1. aku pon pernah joined adverlert kemudian joined nuffnang lepas tu panduan701

    BalasPadam
  2. waa hahaha..uncle pun ingat nak copy paste tiket ko tu..uncle punya pun depa tak bayar lagi...huhuu

    BalasPadam
  3. Bunyi macam marah tu Belalang!Sabor ye!Jom minum milo ais dulu.

    BalasPadam
  4. marah dalam senyuman yer belalang... nak dpt bayaran, hantar tiket byk2..
    sop pun ada 130, kecian juga sbb akan bangrab syarikat dia nanti..

    apa yg sop lihat, mana yg berpengaruh dia akan bayar.. kalau blogger yg biasa jer.. dorang x byr.. sbb bila dia byr, org x kesah tp yg berpengaruh, akan naik balik pengaruh dia..

    kalau 100 seorang, kalau darab dgn 100 blogger dia x bayar, berapa banyak jimat? kayo!

    BalasPadam
  5. agak2 kena tunggu 6 tahun lagi baru bolehjoin advertlets hehe

    BalasPadam
  6. Setia pada yg satu...nuffnang!

    BalasPadam
  7. ehem..kesian belalang..banyak tu pun duit juga !!!..penyabar anak mama yang sorang ni ya..kalau org layan dah meroyan dah..hikk2x..

    BalasPadam
  8. salah taip pulak..`KALAU ORANG LAIN DAH LAMA MEROYAN`..hu2x..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Misteri Jalan Bukit Lengkok | Kulim- Bukit Mertajam

Spoiler Filem Sheriff Narko Integriti | Siapa Hidup Siapa Mati?

Kronologi Lengkap Zara Qairina Dari Awal Kes Hingga Hari Penggalian Kubur Semula