Wonder Pets Terbaru Di Rumah Belalang

Dalam rumah Belalang ni ada satu akuarium dimana adalah 2 - 3 kerat ikan yang Belalang bela di dalam ni. Ikan biasa-biasa saja. Sekadar merehatkan mata dengan mendengar bunyi air mengalir dan liuk-lentok ikan berenang. Orang kata terapi mata, ye ke tidak Belalang pun tak pasti.

Sebenarnya akuarium ini asalnya ada filter penapis air. Tujuannya supaya air sentiasa kelihatan bersih tanpa kotoran (sesuai untuk orang malas macam Belalang). Tapi entah apa sebab Belalang biarkan sahaja filter itu tak berfungsi. Belalang hanya gunakan gas ikan yang biasa.


Jadi pada hari Selasa (10 April) baru-baru ini Belalang nekad mahu menggunakan kembali filter penapis air. Tak tahan dah tengok ikan-ikan tu buat muka sedih sebab tinggal dalam air kotor. Bersama Mrs.Belalang dan Belalang Jr., kami pun menujulah ke kedai ikan.

Kalau di Kulim ni, kedai Azam Akuarium sangatlah terkenalnya. Dia dah ada beberapa cawangan kedai ikan yang diusahakannya sendiri. Belalang ke kedai asalnya yang terletak di Kelang Lama.

Selesai Belalang membeli segala peratalan untuk filter dan mahu pulang, tiba-tiba si Belalang Jr. merengek-rengek mahu beli anak kura-kura.

"Nak wonder pets, nak wonder pets" kata Belalang Jr. entah apa sebab dia panggil anak kura-kura tu wonder pets. Mungkin kerana dalam kartun popular tu ada seekor watak kura-kura, itu sebab dia panggil macam tu (Belalang agak jelah).

Kalau ikutkan Belalang tak mahu beli kura-kura tu. Memandangkan Belalang Jr. masih kecil dan belum tahu hargai benda mahu pun nyawa binatang.Bimbang pula nanti seksa pula kura-kura tu tinggal dengan kami.

Tapi setelah Mrs.Belalang pujuk suruh beli, maka Belalang turutkan sajalah (sapa tak sayang bini oi!).

Belalang Jr. dan 'wonder pets'

Selamat datang ke sarang Belalang. Harap-harap panjang la umur dua ekor ni

Jadi sekarang di rumah Belalang telah ada haiwan peliharaan yang baru iaitu sepasang kura-kura. Hingga entry ini ditulis, umur kura-kura dua ekor tu masih panjang. Harapnya dapatlah bela dua ekor tu sapai besar panjang.

Terima kasih kerana membaca...

Ulasan

  1. dulu dok bela gak ikan dsb nya..pastu malas dah nk cuci akuarium

    BalasPadam
  2. heheh dia guna dah ayat 'sapa tak sayang bini oi'

    alalala tomei2 belalang Jr ni ye.. kura2 pun tomei. haha

    BalasPadam
  3. assalam..ehem jr pun penyanyang mcm papa dia !!..ha2x..`sapa tak sayang bini oi`..sedap ayat tu.. :)

    BalasPadam

Catat Ulasan