Ke Hospital HSAH | Doakan Semua Selamat

Dalam lingkungan pukul 11 pagi tadi Mrs.Belalang menerima panggilan dari kampung. Panggilan tersebut dari adik Mrs.Belalang memaklumkan yang ayah dikejarkan ke hospital kerana sebelah badan kanan tiada tindak balas atau dalam bahasa mudah tak boleh digerakkan.

Sebelum ini Mak ada ceritakan yang Ayah tidak begitu sihat sejak kebelakangan ini. Sebelum ini Ayah pernah juga masuk wad tapi masih belum pernah jadi seperti ini.

Berdebar-debar juga Belalang dan Mrs.Belalang bila mendapat tahu keadaan Ayah begini sebentar tadi. Dari Hospital Baling, Ayah telah ditukar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani (HSAH).

Berita terbaru yang kami berdua dapat tahu Ayah masih sedang diperiksa oleh doktor-doktor di Hospital HSAH. Keadaan sebenar masih belum dapat dipastikan.

Belalang masih lagi di Kulim dan sedang bersiap-siap untuk melawat Ayah. Selepas mengambil Mama dan Abah Belalang di sini, kami akan terus perjalanan ke Hospital untuk melihat perkembangan Ayah.

Harapnya semua baik-baik saja. Doa-doakan semoga segala urusan berjalan dengan sempurna. Harapnya juga tiada perkara lebih buruk berlaku kepada kami sekeluarga.

Terima kasih kerana membaca...

Ulasan

  1. semoga cepat sembuh... hati2 bawa keta...

    BalasPadam
  2. adeiii.. mia ni. tersilap tekan tadi, tertekan tanpa nama plak....

    BalasPadam
  3. assalam belalang..semuga ayah skrg ni dlm keadaan selamat & akan pulih spt biasa ..amin..semuga belalang & keluarga tabah menghadapi dugaan Allah..

    BalasPadam
  4. ahaha... mia punya pasal, di maafkan :)

    BalasPadam
  5. moga tiada yg buruk berlaku dan cepat sembuh

    BalasPadam
  6. semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan

    BalasPadam
  7. semoga cepat sembuh dan ceria selalu

    BalasPadam
  8. semoga Allah memberi kesembuhan dan ketenangan kepada Ayah mentua belalang dan sekeluarga..

    BalasPadam
  9. kami dokan yg terbaik buat bro sekeluarga

    BalasPadam
  10. saya doakan agar ayah cepat sembuh!!

    BalasPadam
  11. saya doakan semoga ayah cepat sembuh...

    BalasPadam
  12. saya doakan semoga ayah cepat sembuh...

    BalasPadam

Catat Ulasan