Khamis, 22 Mac 2012

Dibenarkan Keluar Dari HSAH

Kelmarin ketika melihat keadaan Ayah di wad, Belalang jangkakan Ayah mungkin akan ditahan lebih dari sehari. Kaki dan tangan Ayah sebelah kanan begitu sejuk dan pergerakannya juga sangat lemah. Ayah juga memberitahu tangan dan kakinya tidak dapat merasa apa-apa sekalipun dicubit.

Hari ini tengahari tadi sekali lagi Belalang melawat Ayah di wad. Sememangnya kesihatan Ayah kelihatan bertambah baik jika dibandingkan kelmarin. Ayah sudah mampu mengangkat tangan melebihi paras kepalanya.


Dan petang tadi Mrs.Belalang menerima panggilan telefon dari Mak yang menemani Ayah sejak kelmarin di wad. Alhamdulillah Ayah mertua Belalang sudah pun dibenarkan keluar dari wad pada petang tadi. Terima kasih kepada yang meninggalkan komen mendoakan cepat sembuh kepada Ayah Belalang di entry ini.

Harapnya Ayah akan lebih menjaga kesihatannya selepas ini terutama dari segi pemakanan dan mungkin juga boleh berkira-kira untuk bersara dari menjadi seorang perokok. Hehe...

Terima kasih kerana membaca...

14 ulasan:

  1. syukur le..ayah tuan belalang dh sembuh..hargailah org tua kita sementara masih ada..ayah cikgu dh 12 tahun pergi..huaaaa

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah ayah mertua BHP sudah kembali sembuh. Kena 'slow talk' dgn ayah supaya bhenti merokok...

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah..ayah mertua belalang kena jaga kesihatan dan amalkan senaman tuh.

    Senang sikit hati kita bila tgk org tua kita dah kembali sihat kan belalang..

    BalasPadam
  4. syukur alhamdullah.. semoga terus diberi kesihatan yang baik ..

    belalang jaga molek ayah mentua ;)

    BalasPadam
  5. Syukran ya..
    Syurga ditelapak kaki ibu dan ayah. Jaga lah mereka, kerana kita jg akan alami ..moga panjang umr, murah rezeki ya

    BalasPadam
  6. assalam belalang..syukur alhamdulillah `ayah`sudah semakin sihat.. :)

    BalasPadam
  7. Semoga ayah cepat sembuh..
    jaga lah die sebaik mungkin
    >> www.zam-comic.blogspot.com<< ini comic2 sy wat.. sila la baca

    BalasPadam
  8. alhamdulillah..
    moga terus sembuh

    BalasPadam
  9. Akak doakan cepat sembuh.Menantu dia ni hisap rokok tak?

    BalasPadam
  10. baguihla ...berenti la merokok tu kan

    BalasPadam
  11. semoga kesihatannya berkekalan amin.....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pautan Artikel Menarik