Gila Susu Di Tesco Kulim?
Sebelum Belalang mulakan entry Belalang hari ini, terlebih dahulu Belalang mengucapkan tahniah kepada pasukan bola Negeri sembilan atas kejayaan merebut Piala Sultan Ahmad Shah daripada Kelantan semalam. Persembahan kedua-dua pasukan sama hebat, cuma kelebihan tampak lebih kepada Negeri Sembilan kerana mereka berjaya menjelmakan peluang yang ada untuk menghasilkan gol.
Ok, Belalang nak mulakan cerita. Selepas menonton perlawanan bola, Belalang terus keluar menuju ke Tesco Kulim. Tujuannya untuk membeli pampers Belalang Jr. Waktu tu jam dah menunjukkan pukul 11 malam.
Biasanya pada hari minggu atau cuti, Tesco akan memanjangkan masa operasi mereka hingga pukul 1 pagi. Tiba di Tesco Belalang lihat kenderaan masih banyak, bermakna bukan Belalang sahaja yang 'tebiat' shopping lewat-lewat malam macam ni.
Ketika memasuki pintu Tesco, Belalang terlihat sekeluarga cina membawa troli yang penuh dengan susu tepung kanak-kanak. Mulanya Belalang tak hairan sangat sebab menyangkakan mungkin mereka ini peniaga, so beli susu tu banyak-banyak untuk stok jualan mereka.
Selang dua tiga langkah lepas tu, Belalang terserempak dengan dua tiga keluarga cina lagi yang membawa susu tepung jenis yang sama tapi kali ni dengan kuantiti yang lebih banyak! Start sini Belalang dah mula hairan. Mula terfikir kenapa sampai begitu dasyat orang ramai borong susu ni? Murah sangatkah harganya?
Tengok sendiri la gambar-gambar yang Belalang sempat ambil ini. Sampaikan ada yang beli 2, 3 kotak sekaligus. Wow!
Sememangnya susu berkenaan ada potongan harga istimewa. Harga tersebut hanya untuk Tesco Kulim dan promosi tersebut cuma berjalan hari ini sahaja. Jika dilihat pada harga potongan tersebut, perbezaan harga dari harga biasanya lebih kurang RM7.
Mungkin mereka rasa berbaloi untuk beli banyak-banyak dan buat stok. Tapi yang peliknya, pada rak bahagian susu tersebut tertera ayat 'hanya dibenarkan 5 pek untuk seorang pembeli'. Habis tu macam mana yang ada angkut sampai berkotak-kotak tu? Ada salah faham antara staff ke?
Ketika Belalang membuat pembayaran dan mahu meninggalkan kaunter, barulah ada seorang staff datang menahan beberapa pembeli dari membeli dengan jumlah yang melebihi had dibenarkan. Dah sampai lincin stok diangkut orang, baru staff nak perasan? Hari ini rasanya tentu ada staff Tesco yang kena 'basuh' dengan orang atas gara-gara tidak peka. Hehehe...
Terima kasih kerana membaca

Dua troli penuh kotak berisi susu... Perh!
Tengok nyonya ni angkut berapa pek
Mamat ni pun boleh tahan dia angkut susu
Mamat ni pun tak mau kalah, angkut lagi banyak dari mamat sebelum ni
Sememangnya susu berkenaan ada potongan harga istimewa. Harga tersebut hanya untuk Tesco Kulim dan promosi tersebut cuma berjalan hari ini sahaja. Jika dilihat pada harga potongan tersebut, perbezaan harga dari harga biasanya lebih kurang RM7.
Harga tawaran istimewa tersebut
Sampai lincin rak diangkut dek pembeli
Dengarnya stok untuk susu ni habis terus. Dasyat!
Mungkin mereka rasa berbaloi untuk beli banyak-banyak dan buat stok. Tapi yang peliknya, pada rak bahagian susu tersebut tertera ayat 'hanya dibenarkan 5 pek untuk seorang pembeli'. Habis tu macam mana yang ada angkut sampai berkotak-kotak tu? Ada salah faham antara staff ke?
Ketika Belalang membuat pembayaran dan mahu meninggalkan kaunter, barulah ada seorang staff datang menahan beberapa pembeli dari membeli dengan jumlah yang melebihi had dibenarkan. Dah sampai lincin stok diangkut orang, baru staff nak perasan? Hari ini rasanya tentu ada staff Tesco yang kena 'basuh' dengan orang atas gara-gara tidak peka. Hehehe...
Terima kasih kerana membaca
puak2 ni cukup cekap ambil kesempatan perkara2 mcm ni....
BalasPadamnasib baik troli je di benarkan masuk, kalau kereta boleh masuk... memang Belalang tak sempat amik gmbar ni rasanya LOL
BalasPadamapa yang dikatakan oleh khairil dan padin tu adalah benar2 belaka.. tapi apasal sampai dah nak licin susu2 tu dibedal baru pihak pengurusan perasan? cam pelik je.. ke sebab ada yang nampak belalang ambik gambar tak.. risau ntah reporter ke apa ke.. haaa tau takut.. tapi itulah reporter belalang hijau PERISIK.. ;)
BalasPadamsusu untuk berapa tahun tu...?
BalasPadammaisara minum yang perisa asli je..selalunya yang ada offer ni mesti perisa coklat.sebab ramai kanak2 tak minum yang operisa coklat..sembelit,...macam maisara
mama ingat mama je yg suka ketesco tgh2 mlm..he2x..pernah sampai kat tesco klg pukul 12am..ha2x..boring duduk kat rumah !!dah tu tesco 5minit ++ je dr rumah..memang diaorg gila susu !!..ha2x..
BalasPadamwahh tokey kedai runcit gelak2 angkut kotak susu..ehehe.pekerja tesco tak ambik peduli ke tak tau ni?habisla korang kena basuh ..hehe.patutnya bg peluang org kurang mampu beli buat stok kat umah, ni bg tokey lak..
BalasPadamapa hal sebenarnya ni
BalasPadammereka nak mandi susu ke?
haha, dah org buat promosi, beli la (pengguna bijak)
BalasPadammak aiii... licin btol. tuan blog ni x beli ke? hehe
BalasPadamagak2 laa klau nk borong pun, huh...
BalasPadamni promosi apa sampai 7hnggt potongan harga? ke nak expired?
BalasPadam