Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 1, 2016

Misteri Jalan Bukit Lengkok | Kulim- Bukit Mertajam

Imej
Bagi yang tinggal di Kulim, Bukit Mertajam dan sekitar sini pasti tidak asing lagi dengan nama jalan Bukit Lengkok . Jalan diantara Sungai Lembu dan Mengkuang ini mendapat nama tersebut disebabkan jalannya yang berbengkang-bengkok, sama seperti jalan lama untuk menaiki ke Cameron Highland. Gambar Hiasan. Carian Google Jalan ini menjadi laluan alternatif penduduk setempat selain dari jalan utama Kulim-Bukit Mertajam . Laluan ini juga sering digunakan oleh orang ramai untuk beriadah ke Empangan Mengkuang (Mengkuang Dam), Maktab Perguruan Tuanku Bainun, Berapit, Permatang Pauh dan Sungai Dua Butterworth selain daripada melalui Butterworth-Kulim ExpressWay (BKE) . selain daripada tidak begitu sesak, jalan ini menjadi pilihan kepada mereka yang sering kali ingin mengelak daripada sekatan jalan raya (road block) daripada anggota polis akibat cukai jalan tamat tempoh (expired road tax) dan lain-lain kesalahan jalan raya. Laluan ini adalah jalan yang sering diguna

Raja Nur Nazwa Ariana | Maut Terjatuh Dalam Lubang Kumbahan

Imej
Kelmarin ketika baru pulang dari tempat kerja, sedang santai-santai dihadapan TV mendengar berita, Geleng kepala Belalang bila dengar laporan tentang pelajar sekolah berusia 7 tahun maut terjatuh dalam lubang kumbahan . Pagi ini bila ada yang mengirimkan gambar-gambar kejadian dan wajah mangsa melalui aplikasi, terasa sayunya hati ini. Murid tahun satu itu, Raja Nur Nazwa Ariana . Sedap nama dan comel orangnya. Dikatakan pelajar Sekolah Rendah Agama Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai itu sedang bermain bersama rakan-rakannya sebelum terjatuh kedalam lubang kumbahan tersebut. Anda boleh membaca berita penuh tentang tragedi menyayat hati tersebut di sini (klik) dan sini (klik) . Sebegai umat Islam pastinya kita berpegang kepada qada dan qadar yang perkara yang telah ditetapkanNya berlaku tetap akan berlaku. Cumanya jika diambil kira dari segi faktor keselamatan, pastinya akan ada yang mempersoalkan tentang ini. Tidak ditutupkan lubang tersebut? Apakah pihak sekola

Berkelah Di Taman Rimba Telok Bahang Menyeronokkan

Imej
Kelmarin Belalang sekeluarga berkelah di Taman Rimba Telok Bahang, Pulau Pinang . Rancangan yang dibuat secara spontan saja oleh Mrs.Belalang. Kebetulan dua adik ipar Belalang ada di rumah. Jadi kiranya macam bawa mereka jalan-jalan la juga. Taman Rimba Telok Bahang Kami bertolak dari rumah di Kulim agak lewat, sekitar pukul 3 petang. Ini kerana hari Ahad adalah hari persekolahan biasa bagi negeri Kedah. Nak tak nak kena tunggu Belalang Jr. yang dah darjah satu pulang dahulu. Perjalanan yang biasanya memakan masa sekitar 1 jam sahaja dari Kulim, tetapi kelmarin berlanjutan hingga 2 jam baru kami tiba ke sana (kira-kira 5 petang baru sampai). Hal ini berlaku kerana kebanyakkan masyarakat cina di negeri ini keluar membeli persiapan bagi menyambut tahun baru cina yang akan tiba kurang daripada 1 minggu. Sesudah mengambil tempat dan siap menghidangkan makanan yang telah siap-siap dimasak oleh Mrs.Belalang di rumah terlebih dahulu, Kami pun mengisi perut terlebih dahulu sebel